Ada tak antara kita yang mempunyai impian dan matlamat?
Of course ada kan, tapi macam mana cara kita nak jadikannya realiti?
Selalunya, impian dan matlamat akan kekal angan-angan semata-mata melainkan jika kita melakukan sesuatu untuk menjadikannya realiti.
Bagi mencapai impian dan matlamat yang diidam-idamkan, ianya bergantung kepada beberapa faktor:-
- Kita perlu tetapkan matlamat yang spesifik dan jelas.
- Kita perlu memastikan bahawa kita sememangnya serius ingin mencapai matlamat tersebut.
- Kita perlu mewujudkan gambaran yang jelas dalam minda kita tentang matlamat kita.
- Kita perlukan keinginan yang kuat.
- Kita perlu abaikan dan fikirkan tentang kegagalan
- Kita perlu tunjukkan keyakinan dan kepercayaan serta bersabar sehingga kita mencapainya.
Mudah untuk kita angan-angankan dan kita pun fikir "Angan-angan je. Tak akan jadi realiti/kenyataan". Sangat mudah untuk kita putus-asa dan hilang keyakinan serta motivasi apabila kita berdepan dengan halangan-halangan.
Kita boleh mencapai impian dan matlamat dengan menggunakan mental kita.
Mencapai matlamat tidak seharusnya kita mengalami pengalaman yang pahit dan sukar. Malah, ia boleh menjadi satu keseronokan jika kita melaluinya dengan cara yang betul. Ia bukannya melalui usaha keras fizikal yang membawa kepada kejayaan. Kejayaan tidak memerlukan usaha keras yang berat. Hakikatnya, kita memerlukan usaha mental.
Apa usaha mental tersebut? Dengan cara bayangkan dan cakap kat diri kita sendiri apa impian kita.
Gambarkan dan sentiasa menyatakan impian kita adalah usaha mental kita, dan ia adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Apabila kita menggambarkan dan kita menyatakan kepada diri sendiri, kita memberi tumpuan dan menyalurkan tenaga kita ke arah matlamat yang hendak kita capai. Fikiran kita akan menjurus ke arah mencari penyelesaian untuk membawa matlamat kita menjadi suatu realiti.
Dengan berfikir secara positif kepada matlamat kita, dan tidak membiarkan apa-apa keraguan dan perkara negatif dimasukkan ke dalam fikiran kita, gerak hati kita mula bekerja, kita menghargai peluang, dan kita akan mempunyai tenaga untuk menuruti matlamat dan impian kita.
Tumpuan, niat dan tenaga yang kita salurkan ke arah apa yang kita gambarkan dan yang kita cakapkan akan meningkatkan azam, tumpuan, kesungguhan dan disiplin diri.
Salah satu kelebihan apabila kita gambarkan dan kita sering nyatakan adalah kita boleh gunakannya di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa atau tempat, tanpa perlukan apa-apa kehendak luar. Semua yang kita perlukan adalah minda kita.
Setiap orang ada matlamat besar dan ada matlamat kecil. Hanya gambaran dan kata yang diucapkan sahaja menjadikan matlamat kita lebih mudah dan cepat untuk dicapai.
Adakah kita hanya berfikir impian besar sahaja boleh dijadikan matlamat? Sebagai contoh :
- Menjadi kaya-raya
- Membeli kereta mahal.
- Membeli sebuah rumah banglo dilengkapi dengan kolam renang
- Membina perniagaan yang sangat berjaya
Hakikatnya adalah, perkara berikut juga boleh dijadikan matlamat penting :
- Bangun awal pagi sebelum Subuh. Paling baik dapat menunaikan solat tahajjud dan solat witir sekali.
- Sampai awal di tempat kerja.
- Menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
- Membaca buku.
- Pergi bercuti bersama isteri/suami dan anak-anak.
- Mengawal tabiat pemakanan.
- Melakukan senaman
Kita Boleh Mencapai Impian dan Matlamat
- Bagaimana kita gambarkan dan nyatakan?
- Adakah terdapat mana-mana kaedah dan panduan ?
- Ya. Ada!
Semoga kita semua mencapai matlamat yang kita impi-impikan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment