Assalamualaikum kepada semua pembaca
Jerawat adalah satu perkara biasa di kalangan kita. Ada yang berada di tahap biasa dan ada juga di tahap yang serius.
Jerawat dalam bahasa saintifik adalah Acne Vulgaris iaitu keadaan di mana berlakunya masalah kulit apabila liang roma pada permukaan kulit kita tersumbat yang membuatkan kulit muka, belakang dan leher kita ditumbuhi jerawat.
Apa yang menyebabkan berlakunya jerawat ?
Hormon
Faktor hormon berperanan penting dalam proses pembentukan jerawat. Kajian menunjukkan kandungan hormon androgen adalah lebih tinggi kepada kulit yang berjerawat jika dibandingkan dengan kulit normal.
Bakteria
Apabila berlakunya liang roma yang tersumbat, ini akan menyebabkan berkembangnya sejenis bakteria yang dipanggil Propionibacterium Acnes; sejenis bakteria penyebab jerawat. Bakteria ini akan melepaskan sejenis bahan perengsa yang akan merengsakan kulit dan ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan membengkak. Di samping itu, ia juga menyebabkan nanah di bawah permukaan kulit.
Pemakanan
Ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh kita memberi reaksi kepada makanan yang kita makan. Sesetengah orang mempunyai alahan kepada makanan jenis kekacang, berminyak dan menyebabkan timbunlnya jerawat di kulit. Namun tidak semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.
Stress
Apabila kita dalam keadaan stress, kulit kita juga boleh berada pada tahap kurang sihat kesan daripada stress. Hormon adrenalin akan mula bekerja dan memenuhkan saluran darah dengan hormon korsitol dan mengaktifkan kalenjar peluh. Kesannya, kulit akan berminyak, liang roma akan tersumbat dan bakteria akan terkumpul dan menjadikan kulit kita berjerawat.
Alat Solek
Jerawat juga berpuncar daripada alat solek dan ianya adalah masalah jerawat yang biasa kepada pengguna alat solek. Untuk pengetahuan, apa sahaja kosmetik termasuk alat solek yang bersentuhan dengan kulit muka boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Jadi masalah jerawat bukan kepada wanita sahaja malah ia juga berlaku kepada lelaki serta mereka yang jarang ditumbuhi jerawat di muka.
Matahari
Cahaya matahari bukan penyebab utama jerawat tetapi haba
yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit berpeluh dan
berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Tips mudah untuk menghilangkan jerawat adalah penggunaan Set Kulit Cantik Shaklee (klik sini untuk keterangan lanjut). Bagi penggunaan yang lebih berkesan boleh ditambah dengan ESP (Energizing Soy Protein) untuk kulit lebih flawless.
Klik di bawah untuk order sekarang
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin mengetahui cara pendaftaran ahli Shaklee, klik di sini.
Jika ada sebarang pertanyaan atau konsultasi, hubungi saya
Hayani Nor | SMS/Whatsapp 017-9421767
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).
salam singgah
ReplyDelete