Monday 27 October 2014

Set Pantang Shaklee

Biasanya kebanyakan daripada kita bergantung dengan pemakanan herba atau jamu yang boleh dibeli di kedai atau  melalui bidan di kampung. Ada juga yang tidak tahu set pemakanan yang bagaimana sesuai dengan keperluan untuk penjagaan semasa berpantang. 

Sedarkah kita yang ibu-ibu perlukan beberapa vitamin bagi membantu memberi yang terbaik kepada bayi yakni kita juga disarankan menyusukan mereka. Di samping itu, vitamin juga penting untuk meningkatkan keperluan harian badan ibu. 


Oleh itu, kami menyediakan set berpantang Shaklee bagi membekalkan keperluan vitamin & mineral ibu selepas bersalin. Set ini terdiri daripada :
  • ESP (Energizing Soy Protein)
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • B-Complex
  • Zinc
Selain membekalkan tenaga, ESP juga mencantikkan kulit dan melancarkan penghasilan susu. Vitalea pula adalah seperti multivitamin; baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen dan meningkatkan antibodi secara konsisten. B-Complex berperanan sebagai anti-stress bagi mengelakkan kemurungan. Zink pula membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin. 

Secara keseluruhannya, gabungan kesemua vitamin ini boleh meningkatkan kesihatan semasa dalam tempoh pantang. 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi kami melalui

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage NaturalNutrisi

atau klik 'button' di bawah untuk terus membuat pesanan

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1134604ead16f77309235aa3d327bb59

Sunday 19 October 2014

Waktu Doa Paling Mustajab

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit sebelum meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah berimamkan Abu Bakar as-Siddiq. Lalu baginda bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT".

Doa adalah satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya untuk membuat permohonan atau permintaan kepada Allah SWT semata-mata. Ini kerana manusia yang beriman pastinya memerlukan pertolongan dari Allah Yang Maha Agung bagi menyediakan segala rahmat dan nikmat.

Sememangnya berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun, ada waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.
  • Ketika bangun tidur - kita disunatkan membaca doa bangun tidur.
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Selepas solat fardhu lima waktu
  • Di antara azan dan iqamat.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Di antara takbir solat hari raya
  • Di antara dua khutbah Jumaat dan hari raya
  • Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting
  • Ketika membaca doa qunut solat Subuh dan lain-lain
  • Ketika mengadakan majlis dan upacara yang tidak disertakan dengan maksiat
  • Ketika menghadapi musibah dan kesusahan
  • Ketika berjumpa dengan saudara dan sahabat yang lama berpisah
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika hendak memulakan solat dan selesai menunaikannya. 
  • Sepanjang malam, terutamanya pada 1/3 malam dan waktu bersahur.
  • Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat-ayat al-Quran
  • Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Kita hanyalah manusia yang mampu berusaha dan merancang. Berdoalah kepada Allah dan serahkan segalanya kepadaNya kerana hanya Dia yang berhak atas segala sesuatu.