Monday 7 July 2014

Kekurangan Vitamin C - Punca & Simptom


 
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik adalah penting untuk menghasilkan protein yang dipanggil kolagen hadir dalam kulit, tulang dan saluran darah dan menyerap zat besi ke dalam badan. Badan kita tidak menyimpannya yang bermakna kita memerlukannya dari sumber makanan kita secara berterusan. Vitamin C adalah baik untuk sistem imun kita dan dalam kes yang teruk kekurangannya  boleh membawa kepada penyakit skurvi. Penyakit skurvi jarang dilihat kepada orang dewasa tetapi boleh berlaku kepada kanak-kanak kecil atau orang tua kerana kekurangan nutrien dan khasiat vitamin C. 

Sumber Vitamin C
Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan limau manis, betik, jambu, strawberi dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, kentang dan kubis. Sumber haiwan pula termasuk tiram dan daging seperti hati.

Punca kekurangan Vitamin C
  • Vitamin C adalah mudah diserap oleh badan daripada buah-buahan segar, sayur-sayuran dan daging. Memasak mengurangkan kandungan terutamanya dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dalam tin.
    Badan tidak menyimpannya oleh itu ia adalah penting untuk mendapatkannya dari diet secara konsisten.
  • Penagih alkohol kronik, penagih dadah dan orang yang kuat merokok juga mungkin mempunyai kekurangan vitamin C


Simptom Dan Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen yang merupakan protein yang terdapat dalam kulit, tulang dan rawan. 

Kekurangan vitamin C boleh membawa kepada kelesuan, keletihan, sakit tulang dan sesak nafas. Kulit juga boleh menunjukkan mudah lebam, luka yang lambat sembuh dan pendarahan gusi. 

Skurvi menyebabkan kesakitan otot dan sendi, bintik-bintik merah pada kulit, kekurangan berat badan dan selera makan dan pendarahan gusi yang boleh menyebabkan gigi gugur. Jaundis, bengkak seluruh badan, sawan dan demam berlaku pada peringkat seterusnya. Keretakan tulang boleh berlaku kerana semakin merosot kesihatan tulang dan kehilangan tulang rawan yang terdapat dalam sendi.

Penyelesaian Optimum
Boleh cuba mengamalkan supplemen Sustained Release Vita-C 500mg. 


Vitamin C Shaklee diperkaya dengan Bioflavonoids yang hanya ada dalam sumber semulajadi iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik!

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplemen ini atau produk-produk lain, boleh lah hubungi saya seperti di bawah :

SMS/Whatsapp : 017-9421767
e-mail : syahayanis@gmail.com
Fanpage : NaturalNutrisi
 

2 comments:

  1. Best Vitamin C Shaklee...sebotol tahan 6 bulan,jimat!

    ReplyDelete
  2. Terlebih vitamin C boleh merosakkan buah pinggang

    ReplyDelete