Wednesday 3 December 2014

Pujian Adalah Milik Mutlak Allah Taala

Realiti; manusia sukakan pujian. Ada juga manusia memang suka memuji. Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang paling cantik & ditugaskan untuk menggalas tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka sudah pastinya banyak sifat manusia yang boleh dipuji dan dihargai.




Kita juga digalakkan untuk memberi penghargaan dengan menyebut kebaikan dan jasa orang sebagai menunjukkan kesyukuran. Secara tidak langsung, ia memberi kesan dari segi kemesraan dalam perhubungan sesama manusia.

Adakalanya kita tidak sedar, segala keistimewaan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah milik mutlak Allah yang diberikan kepada kita. Jadi, sepatutnya ketika kita dipuji, perasaan bangga dan gembira itu perlu kita nyatakan syukur kepadaNya. Kita perlu kembali kepada Allah supaya tidak lupa diri.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak dipuji dan kita sebagai hambaNya hanya menumpang nikmat pujian itu.

Seseorang yang cantik dan tampan dipuji kerana ciptaanNya. Kita perlu mengingatkan diri kita siapa pencipta kita yang menjadikan diri kita sesempurna itu. Sesungguhnya kita hanya menumpang atas ciptaan Allah yang cantik sehinggakan dipuji oleh saudara kita yang lain.

Pujian daripada manusia mungkin akan kekal jika kita mengakui dari jauh di sudut hati bahawa yang dipuji pada diri kita adalah pujian untuk Allah. Caranya dengan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.

Saturday 22 November 2014

Vitamin Untuk Kesihatan Lelaki

Lelaki juga tidak terlepas daripada pelbagai risiko kesihatan. Mengikut kajian, jangka hayat lelaki kurang 5 hingga 6 tahun berbanding wanita.Jadi, lelaki juga perlu mengambil perhatian terhadap masalah kesihatan bagi menjamin kualiti hidup mereka.

Ada di antara kaum lelaki yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan juga kurang tenaga dan stamina.



Jadi, apakah nutrien yang penting untuk kesihatan lelaki?

OmegaGuard 
Omega Guard Shaklee menyediakan nutrien untuk otot jantung agar berfungsi dengan lebih baik. Minyak ikan Omega memainkan peranan penting dalam meningkatkan aliran darah dan mengekalkan tisu jantung dan saluran darah yang fleksibel. Ia bermanfaat kepada individu yang mempunyai sejarah penyakit kardivaskular atau mempunyai kolestrol yang tinggi.

Vita-E Complex
Vitamin E boleh meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Zink Complex
Untuk lelaki, zink boleh membantu menghalang masalah kesihatan prostat. Kekurangan nutrien zink boleh menyebabkan pembesaran kalenjar prostat dan dikhuatiri berkemungkinan terdedah kepada kanser. Selain itu, pengambilan zink juga boleh membantu mencegah keguguran rambut yang biasanya menjadi masalah kepada kaum lelaki.

Klik sekarang untuk membuat pesanan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=889b262e03e28a9f19e72f08ab1ec3f0
Jika ada sebarang pertanyaan atau konsultasi, hubungi saya
Hayani Nor | SMS/Whatsapp 017-9421767
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).




Monday 10 November 2014

Menguruskan Kewangan Ketika Gawat

Apabila harga minyak naik baru-baru ini, dah mula terasa pening kepala. Harga minyak naik, harga barang-barang lain pun naik juga. Ini hakikat yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa. 

Ada daripada kalangan kita resah kerana gaji semasa tidak dapat lagi menampung kos kehidupan. Hidup kita menjadikan dalam keadaan tertekan dan resah. Namun dalam keadaan hari ini, apa yang mampu kita lakukan ?




Masalah kewangan kita berpunca daripada perbelanjaan yang melebihi daripada pendapatan. Contohnya, kita dapat gaji RM 2,600 setiap bulan, tetapi kos hidup kita sebulan menjangkau RM 3000. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, kita mesti menjadikannya cukup.

Ada ramai yang berpendapat cara terbaik untuk menjadikannya cukup adalah dengan menambah pendapatan. Maknanya, buat kerja sampingan. Adakah benar ini penyelesaian terbaik? 

Jika kita masih dengan tabiat lama, gaji tetap ditambah dengan pendapatan sampingan pun belum tentu cukup. Ini kerana masalah kewangan ini bukan bergantung kepada berapa banyak kita dapat tetapi bagaimana kita menggunakannya atau dengan kata lain membelanjakannya. 

Buat Penilaian Kewangan
Langkah awal adalah buat catatan bulanan mengenai apa sahaja perbelanjaan kita lakukan. 

Perbelanjaan adakalanya melebihi anggaran setiap bulan. Ini terjadi kerana kita tidak merancang awal dan berbelanja melebihi daripada sepatutnya. 

Jadi, mulai sekarang kita senaraikan pengeluaran utama dahulu kemudian dengan pengeluaran lain. Maka, kita akan tahu berapa banyak perbelanjaan keluarga setiap bulan. 

Buat Pengeluaran Utama
Kita keluarkan perbelanjaan utama; contohnya hutang rumah, kereta, keperluan asasi, bil air, bil elektrik dan seumpamanya. Kita keluarkan dahulu keperluan kita, bukannya perbelanjaan untuk keinginan kita.

Sebelum mengeluarkan wang, cuba tanya diri kita sendiri dahulu. "Adakah pengeluaran ini betul-betul keperluan kita ?" "Kalau kita tangguhkan, apa akibatnya ?" 

Kalau jawapannya tidak boleh ditangguhkan dan akibatnya memberi kesan negatif, maka itu adalah keperluan. Selain daripada itu, ia adalah keinginan. 

Elakkan Bersikap Boros
Gagalnya pengurusan kewangan kita adalah boros! 

Pastikan setiap awal bulan, setelah menghitung dan membuat anggaran, kita mesti menyimpan sedikit wang sebagai penyelamat kepada kita pada waktu kecemasan.

Elakkan Hutang Baru
Kalau tidak terpaksa, elakkan hutang baru. Sememangnya pengeluaran ketika ini akan terus meningkat dan tambahan dana dari luar tidak dapat dielakkan. Apatah lagi dengan kenaikan harga, tidak mustahil kadar faedah pinjaman juga naik.

Elakkan Spekulasi Pelaburan
Semakin sulit keadaan ekonomi, semakin ramai orang menawarkan penyelesaian dari aspek pelaburan. Kalau kita tidak faham pelaburan yang ditawarkan, janganlah masuk kedalamnya.

Berusaha Menambah Pendapatan
Terakhir sekali, memang tidak ada jalan lain kecuali menambahkan pendapatan. Mula berusaha menggali potensi diri, kenali alternatif untuk mendapatkan sumber tambahan. Tidak perlu besar, tetapi jadikan rutin. At least, kita ada pendapatan sampingan untuk pelaburan dana ketika kos hidup meningkat.

Kaedah Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum kepada semua pembaca

Jerawat adalah satu perkara biasa di kalangan kita. Ada yang berada di tahap biasa dan ada juga di tahap yang serius.

Jerawat dalam bahasa saintifik adalah Acne Vulgaris iaitu keadaan di mana berlakunya masalah kulit apabila liang roma pada permukaan kulit kita tersumbat yang membuatkan kulit muka, belakang dan leher kita ditumbuhi jerawat.



Apa yang menyebabkan berlakunya jerawat ?


Hormon
Faktor hormon berperanan penting dalam proses pembentukan jerawat. Kajian menunjukkan kandungan hormon androgen adalah lebih tinggi kepada kulit yang berjerawat jika dibandingkan dengan kulit normal.

Bakteria
Apabila berlakunya liang roma yang tersumbat, ini akan menyebabkan berkembangnya sejenis bakteria yang dipanggil Propionibacterium Acnes; sejenis bakteria penyebab jerawat. Bakteria ini akan melepaskan sejenis bahan perengsa yang akan merengsakan kulit dan ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan membengkak. Di samping itu, ia juga menyebabkan nanah di bawah permukaan kulit.

Pemakanan
Ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh kita memberi reaksi kepada makanan yang kita makan. Sesetengah orang mempunyai alahan kepada makanan jenis kekacang, berminyak dan menyebabkan timbunlnya jerawat di kulit. Namun tidak semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama. 

Stress
Apabila kita dalam keadaan stress, kulit kita juga boleh berada pada tahap kurang sihat kesan daripada stress. Hormon adrenalin akan mula bekerja dan memenuhkan saluran darah dengan hormon korsitol dan mengaktifkan kalenjar peluh. Kesannya, kulit akan berminyak, liang roma akan tersumbat dan bakteria akan terkumpul dan menjadikan kulit kita berjerawat. 

Alat Solek
Jerawat juga berpuncar daripada alat solek dan ianya adalah masalah jerawat yang biasa kepada pengguna alat solek. Untuk pengetahuan, apa sahaja kosmetik termasuk alat solek yang bersentuhan dengan kulit muka boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Jadi masalah jerawat bukan kepada wanita sahaja malah ia juga berlaku kepada lelaki serta mereka yang jarang ditumbuhi jerawat di muka. 

Matahari
Cahaya matahari bukan penyebab utama jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.



Tips mudah untuk menghilangkan jerawat adalah penggunaan Set Kulit Cantik Shaklee (klik sini untuk keterangan lanjut). Bagi penggunaan yang lebih berkesan boleh ditambah dengan ESP (Energizing Soy Protein) untuk kulit lebih flawless.

Klik di bawah untuk order sekarang

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2c4a5c8ae91636f617d5a2e1b08ef868

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin mengetahui cara pendaftaran ahli Shaklee, klik di sini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau konsultasi, hubungi saya

Hayani Nor | SMS/Whatsapp 017-9421767
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Saturday 8 November 2014

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2014: Omega Guard Shaklee

Bulan ini berlangsungnya promosi Omega Guard Shaklee, Beli 6 Percuma 1.  Dengan adanya promosi ini, anda layak mendaftar ahli Shaklee secara percuma.

Kepada peminat Omega Guard  Shaklee atau yang ingin mencuba Omega Guard Shaklee, promosi ini memang berbaloi  kerana ia menjimatkan. Ini kerana setiap pembelian 6 botol Omega Guard Shaklee, anda akan dapat secara percuma 1 botol Omega Guard yang berharga RM 136. Selain itu, secara automatiknya anda dapat mendaftar ahli Shaklee secara percuma. Untuk pengetahuan, kebiasaannya utk mendaftar ahli perlu dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 65 + kos penghantaran (RM 10 Semenanjung; RM 20 Sabah/Sarawak). Apabila anda sudah menjadi ahli, anda layak membeli produk Shaklee dengan potongan harga sebanyak 20%.




Jika anda adalah salah seorang individu yang tergolong dlm kriteria seperti di bawah, anda digalakkan untuk mengambil peluang keemasan ini.
  1. Ingin menurunkan berat badan kerana Omega menggalakkan pembakaran lemak & mengelakkan pembentukan lemak.
  2. Seseorang yang mengalami alahan makanan laut (seafood), resdung atau penyakit kulit seperti ekzema.
  3. Penghidap kanser.
  4. Mengalami sakit & keradangan sendi.
  5. Ibu hamil yg mementingkan kesihatan bayi dalam kandungan apabila kandungan dlm trimester ke 2.
  6. Pelajar sekolah/kolej/universiti yg mahukan sentiasa fokus & meningkatkan daya ingatan.
  7. Mempunyai penyakit asma dan lelah kerana Omega berperanan mengelakkan kesejukan.
  8. Mempunyai penyakit gout kerana Omega mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi.
  9. Penghidap penyakit jantung dan darah tinggi.
  10. Mengalami kebas-kebas tangan, kesejukan kaki & tangan terutama wanita yg berusia lewat 50-an.
Selain itu, Shaklee juga menawarkan potongan sebanyak 5% bagi pembelian 2 botol Omega Guard Shaklee. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi keistimewaan Omega Guard Shaklee, klik sini.



Rebutlah peluang promosi ini. Anda boleh berkongsi pembelian dengan rakan-rakan, saudara-mara atau pun jiran. Anda juga perlu memilih pengedar Shaklee yang sesuai agar anda diberikan konsultasi pengambilan produk dengan baik.

Jika anda berminat untuk mengetahui promosi ini dengan lebih lanjut, hubungi saya sekarang pengedar Shaklee Kubang Kerian, Bachok, Kota Bharu, Kuala Krai, Jerteh (Terengganu) dan kawasan yang berhampiran melalui sms/whatsapp 0179421767.

Anda boleh klik 'order now' di bawah untuk terus membuat pesanan Omega Guard Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6b52f0c01e26aec069e5bd6701dabf8b

Email : syahayanis@gmail.com

Fanpage : Natural Nutrisi

Monday 3 November 2014

Mealshakes Pilihan Terbaik Anak-anak



Anak-anak pada zaman sekarang perlukan dorongan yg ada supaya dapat membesar dengan cergas dan cerdas. Anak-anak kita juga sentiasa sibuk, aktif dan tidak ada masa untuk duduk diam menikmati makanan seimbang. Jadi, mereka memerlukan makanan segera yang baik dengan kandungan lemak yang rendah dan rendah glisemik seperti   Mealshakes Shaklee.


Kenapa Mealshakes Shaklee pilihan terbaik untuk anak-anak kita? Ini sebabnya :
● Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
● Ia adalah sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
● Kaya dengan sumber kalsium
● Glisemik indeks yang rendah

SMS/Whatsapp 0179421767 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.  Anda juga boleh membuat pesanan online dengan klik butang di bawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5fbcf70d27063b784f44cac35923997b

- Pengedar Shaklee Kota Bharu, Bachok, Kubang Kerian, Kuala Krai, Jerteh (Terengganu) dan juga kawasan yang berdekatan yang dinyatakan.

Sunday 2 November 2014

Shaklee eSell : Beli Sendiri Secara Online

Assalamualaikum

Berita baik untuk semua pelanggan kami! Shaklee Malaysia kini telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran satu widget baru untuk menempah produk Shaklee secara online yang dinamakan eSell. Kini semuanya di hujung jari anda, tidak perlu SMS/Whatsapp saya lagi. Namun begitu, kalau anda perlukan konsultasi masih boleh contact saya ye. Saya juga akan menghubungi anda untuk memberi konsultasi dari segi pengambilan vitamin dan juga penjadualan untuk anda amalkan.

Anda hanya perlu klik ikon "ORDER NOW" di setiap entri blog yang terpapar. 





Di sini saya sertakan cara untuk order produk secara online - eSell.



Apabila paparan di atas muncul, anda klik Agree dan Next. 



Kemudian anda akan melihat paparan yang menunjukkan produk yang dicadangkan di entri yang berkaitan. Sekiranya senarai produk adalah melebihi daripada satu, anda boleh memilih produk yang anda kehendaki mengikut bajet anda ataupun memilih untuk kesemua produk yang dicadangkan. Harga dan jumlah harga akan terus dipaparkan. 

Apabila sudah siap, klik Checkout

Borang Data Pelanggan akan dipaparkan. 



Di sini, anda dikehendaki melengkapkan kesemua ruangan dan pastikan maklumat adalah tepat terutama sekali di bahagian Alamat Penghantaran

Setelah lengkap, klik Continue

Paparan berikutnya adalah Paparan Pengesahan Tempahan. Sila semak kesemua maklumat dan klik Proceed For Payment untuk pembayaran. 



Untuk makluman kos penghantaran adalah seperti berikut :-

  • Semenanjung - kos penghantaran adalah RM 10 utk setiap pesan. Kos penghantaran adalah PERCUMA untuk tempahan bernilai RM 800 ke atas. Penghantaran akan mengambil masa 4-5 hari. 
  • Sabah/Sarawak - kos penghantaran adalah RM 20 utk setiap pesanan. Kos penghantaran adalah PERCUMA untuk pesanan bernilai RM 1000 ke atas. Penghantaran akan mengambil masa 7-10 hari.


Kemudian, paparan Pembayaran.




Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Isikan kesemua maklumat dengan lengkap. 

Klik Confirm Payment untuk pembayaran. 

Anda akan menerima resit pesanan dan jangan lupa cetak resit tersebut untuk rujukan jika berlaku kesilapan. 

Alhamdulillah. Urusan pembelian Shaklee sekarang sangat mudah dengan adanya aplikasi eSell Shaklee. 

Hubungi saya 017-9421767, Hayani Nor, pengedar Shaklee Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu) serta kawasan yang berdekatan dengannya untuk sebarang pertanyaan.

Monday 27 October 2014

Set Pantang Shaklee

Biasanya kebanyakan daripada kita bergantung dengan pemakanan herba atau jamu yang boleh dibeli di kedai atau  melalui bidan di kampung. Ada juga yang tidak tahu set pemakanan yang bagaimana sesuai dengan keperluan untuk penjagaan semasa berpantang. 

Sedarkah kita yang ibu-ibu perlukan beberapa vitamin bagi membantu memberi yang terbaik kepada bayi yakni kita juga disarankan menyusukan mereka. Di samping itu, vitamin juga penting untuk meningkatkan keperluan harian badan ibu. 


Oleh itu, kami menyediakan set berpantang Shaklee bagi membekalkan keperluan vitamin & mineral ibu selepas bersalin. Set ini terdiri daripada :
  • ESP (Energizing Soy Protein)
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • B-Complex
  • Zinc
Selain membekalkan tenaga, ESP juga mencantikkan kulit dan melancarkan penghasilan susu. Vitalea pula adalah seperti multivitamin; baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen dan meningkatkan antibodi secara konsisten. B-Complex berperanan sebagai anti-stress bagi mengelakkan kemurungan. Zink pula membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin. 

Secara keseluruhannya, gabungan kesemua vitamin ini boleh meningkatkan kesihatan semasa dalam tempoh pantang. 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi kami melalui

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage NaturalNutrisi

atau klik 'button' di bawah untuk terus membuat pesanan

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1134604ead16f77309235aa3d327bb59

Sunday 19 October 2014

Waktu Doa Paling Mustajab

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit sebelum meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah berimamkan Abu Bakar as-Siddiq. Lalu baginda bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT".

Doa adalah satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya untuk membuat permohonan atau permintaan kepada Allah SWT semata-mata. Ini kerana manusia yang beriman pastinya memerlukan pertolongan dari Allah Yang Maha Agung bagi menyediakan segala rahmat dan nikmat.

Sememangnya berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun, ada waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.
  • Ketika bangun tidur - kita disunatkan membaca doa bangun tidur.
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Selepas solat fardhu lima waktu
  • Di antara azan dan iqamat.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Di antara takbir solat hari raya
  • Di antara dua khutbah Jumaat dan hari raya
  • Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting
  • Ketika membaca doa qunut solat Subuh dan lain-lain
  • Ketika mengadakan majlis dan upacara yang tidak disertakan dengan maksiat
  • Ketika menghadapi musibah dan kesusahan
  • Ketika berjumpa dengan saudara dan sahabat yang lama berpisah
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika hendak memulakan solat dan selesai menunaikannya. 
  • Sepanjang malam, terutamanya pada 1/3 malam dan waktu bersahur.
  • Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat-ayat al-Quran
  • Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Kita hanyalah manusia yang mampu berusaha dan merancang. Berdoalah kepada Allah dan serahkan segalanya kepadaNya kerana hanya Dia yang berhak atas segala sesuatu.

Monday 7 July 2014

Kekurangan Vitamin C - Punca & Simptom


 
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik adalah penting untuk menghasilkan protein yang dipanggil kolagen hadir dalam kulit, tulang dan saluran darah dan menyerap zat besi ke dalam badan. Badan kita tidak menyimpannya yang bermakna kita memerlukannya dari sumber makanan kita secara berterusan. Vitamin C adalah baik untuk sistem imun kita dan dalam kes yang teruk kekurangannya  boleh membawa kepada penyakit skurvi. Penyakit skurvi jarang dilihat kepada orang dewasa tetapi boleh berlaku kepada kanak-kanak kecil atau orang tua kerana kekurangan nutrien dan khasiat vitamin C. 

Sumber Vitamin C
Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan limau manis, betik, jambu, strawberi dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, kentang dan kubis. Sumber haiwan pula termasuk tiram dan daging seperti hati.

Punca kekurangan Vitamin C
  • Vitamin C adalah mudah diserap oleh badan daripada buah-buahan segar, sayur-sayuran dan daging. Memasak mengurangkan kandungan terutamanya dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dalam tin.
    Badan tidak menyimpannya oleh itu ia adalah penting untuk mendapatkannya dari diet secara konsisten.
  • Penagih alkohol kronik, penagih dadah dan orang yang kuat merokok juga mungkin mempunyai kekurangan vitamin C


Simptom Dan Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen yang merupakan protein yang terdapat dalam kulit, tulang dan rawan. 

Kekurangan vitamin C boleh membawa kepada kelesuan, keletihan, sakit tulang dan sesak nafas. Kulit juga boleh menunjukkan mudah lebam, luka yang lambat sembuh dan pendarahan gusi. 

Skurvi menyebabkan kesakitan otot dan sendi, bintik-bintik merah pada kulit, kekurangan berat badan dan selera makan dan pendarahan gusi yang boleh menyebabkan gigi gugur. Jaundis, bengkak seluruh badan, sawan dan demam berlaku pada peringkat seterusnya. Keretakan tulang boleh berlaku kerana semakin merosot kesihatan tulang dan kehilangan tulang rawan yang terdapat dalam sendi.

Penyelesaian Optimum
Boleh cuba mengamalkan supplemen Sustained Release Vita-C 500mg. 


Vitamin C Shaklee diperkaya dengan Bioflavonoids yang hanya ada dalam sumber semulajadi iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik!

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplemen ini atau produk-produk lain, boleh lah hubungi saya seperti di bawah :

SMS/Whatsapp : 017-9421767
e-mail : syahayanis@gmail.com
Fanpage : NaturalNutrisi
 

Saturday 5 July 2014

PROMOSI SHAKLEE JULAI 2014 : VIVIX

Alhamdulillah.. promosi pada bulan ini; Julai 2014 adalah Vivix. Promosi pada kali ini akan menjadi idaman kepada mereka yang ingin menjadi ahli Shaklee secara percuma dan juga yang mahu menikmati kehebatan supplemen antioksida terbaik di dunia. Pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan HOT ITEM produk Shaklee ini.


Apa kelebihan & keistimewaannya ?
  • Kaya dengan anti-oksida & anti penuaan
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu mengawal strok
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Menyokong kesihatan sendi
Apa lagi fungsi @ kelebihan Vivix ? Klik sini

Anda juga mungkin nak tahu apa ramuan semulajadinya.. Klik sini

Kesimpulannya, Vivix Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil Vivix Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Jadi, hanya dengan mengamalkan 1 sudu teh Vivix Shaklee dalam anggaran penggunaan 2 bulan untuk 1 botol, InsyaAllah kita akan dapat kebaikannya. Mereka yang tidak boleh menelan pil/tablet supplemen/vitamin, Vivix Shaklee memang sesuai untuk anda. Rugi sangat kalau tak rebut promosi ni tau.

Berminat untuk mendapatkan produk ini?

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi

Wednesday 2 July 2014

Kebaikan Omega Guard Shaklee


Apa yg special dengan Omega Guard Shaklee? Jawapannya, ia adalah minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega yang lain di pasaran, Omega Guard shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak-omega-3 EPA dan DHA.



Kebaikan Omega Guard Shaklee

Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yg penting yang tidak dihasilkan dari badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Asid lemak penting sebagai sumber tenaga kita, melindungi organ-organ lembut seperti hati untuk mengelakkan daripada mendapat kejutan atau renjatan, menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah dan ia juga penting untuk bayi bagi membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.

Mencegah penyakit saluran darah & strok  - satu penyelidikan menunjukkan bahaya orang yang mengamalkan pengambilan Omega-3 sekali seminggu mampu mengurangkan risiko stroke sehingga 50%. Omega-3 juga mampu mengurangkan kerosakan arteri, keradangan yang memekatkan darah dan menyebabkan stroke. Supplemen Omega-3 juga boleh diamalkan untuk mencegak penyakit stroke.

Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mecegah migrain. Susu ibu juga mengandungi DHA. Sebab itu amat penting ibu-ibu menyusukan bayi sehinggan 2 tahun selaras dengan perintah Allah dalam al-Quran.

Meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Melawan kanser - Jika mengikut diet pesakit kanser, pakar pemakanan menyarankan ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan bersisik tidak diambil oleh pesakit kanser kerana ikan bersisik didapati mempunyai kandungan asid yang banyak dan membantu kesuburan kanser. Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain. Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi. Omega 3 merupakan anti kanser.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) -  Lemak omega-3 boleh mengurangkan sakit sendi pada orang yang menghidap rheumatoid arthritis dan penyakit radang usus.

Mencegah imsomnia & membantu mengurangkan stress (tekanan) - Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif & penyakit skizofrenia. 

Anda boleh mendapatkan Omega-3 setiap hari dengan membeli Omega Guard Shaklee. Ianya tulen, bebas logam berat dan sangat berkesan untuk kesihatan kita. Untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya segera melalui sms/whatsapp 017-9421767 atau email syahayanis@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut. Jom like NaturalNutrisi untuk mengetahui lebih banyak info & tips.

Monday 23 June 2014

Tips Mencegah Penuaan - Vivix Shaklee

Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan terbaik dari Shaklee yang menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan KESIHATAN dan KECANTIKAN dan juga untuk AWET MUDA.

Proses penuaan merupakan proses yang akan dialami oleh kita semua. Namun, tidak semua orang mengalami penuaan kulit sesuai dengan usianya. Ada orang yang mana keadaan kulitnya sudah mengalami penuaan padahal sebenarnya belum sampai masanya.

Kali ini saya nak share sedikit macam mana Vivix berfungsi sebagi agen anti penuaan.




Apa fungsi Vivix ?



Melindungi dan membaiki sellular DNA. Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu typo (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Menggalakkan biogenesis mitochondria. Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

Memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End). Penimbunan berlebihan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan dalam anggur muscadine) untuk melambatkan protein AGE.

Siapa yang memerlukan Vivix?

Setiap orang dewasa yang mementingkan akan penuaan dan kesihatan optimum boleh mengambil Vivix. Namun begitu, Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusukan anak, atau mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun kerana ia akan mengganggu tumbesaran serta yang menjalani kimoterapi. Vivix juga sangat digalakkan untuk mereka yang menghidap penyakit berikut :-
  • Pesakit Diabetes (Kencing manis)
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Alzheimer (nyanyuk)
  • Gout
  • Letih
  • Kurang daya tahan
  • Kanser & Tumor
  • Sistem imunisasi yang lemah
  • Stroke
  • Migrain (sakit kepala)
Nak tahu lagi info tentang Vivix? Klik sini.

KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA VITAMIN SHAKLEE

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR AHLI SHAKLEE

Dengan mendaftar ahli, anda boleh membuat pembelian vitamin Shaklee harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, serta peluang untuk menjana pendapatan sampingan (jika berminat).

Shaklee sudah bertapak di Malaysia lebih 20 tahun. Ia juga telah disahkan oleh Jakim malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diyakini selamat dan berbaloi!

Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda ID 1122498. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya :

Sms/Whatsapp 017-9421767
email : syahayanis@gmail.com
Fanpage : NaturalNutrisi

Tuesday 17 June 2014

Bibir Merah Berseri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Masalah bibir kering dan mengelupas boleh dikatakan menjadi masalah kepada semua orang. Masalah ini kita akan alami pada masa satu yang sama atau kadangkala. Bibir sangat sensitif dan perlu dilindungi lebih-lebih lagi pada cuaca panas atau sejuk kerana ia boleh menjejaskan kelembapan bibir. Jadi, sekarang adalah masa untuk menjaga bibir anda dan ucapkan selamat tinggal kepada bibir mengelupas !


Saya ada terbaca satu petua untuk mendapatkan bibir yang merah berseri, kita boleh menyapu ubat gigi di bibir. Namun, tidakkah cara itu boleh membuatkan bibir kita bertambah kering?

Bagaimana dengan petua Shaklee? Di sini saya nak kongsikan serba sedikit supplemen yang boleh membuatkan bibir nampak merah berseri.


Set Kulit Cantik Shaklee iaitu ESP, Vita-E, Sustained Release Vitamin C dan B-Complex membantu kita untuk mendapatkan kulit yang menawan dan bibir yang cantik. ESP adalah sumber protein terbaik. Seperti yang kita tahu, apabila kita mendapat sumber protein yang cukup, barulah sel-sel baru yang sihat akan terbentuk dan akan menggantikan sel yang lama. Vita-E Complex  berfungsi sebagai antioksidan dan juga memegang peranan penting dalam menjaga tubuh daripada radikal bebas. Oleh kerana itu, ia berfungsi melindungi kulit dan bibir serta membantu menjaga kelembapan kulit, mencegah kulit kering dan gatal-gatal. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen. Malah kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan bibir kering dan hitam. Salah satu penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan kurangnya Vitamin B. Bibir pecah-pecah juga sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Sebaiknya pengambilan Vitamin B-Complex juga penting dalam merawat bibir kita.




Collagen Shaklee juga boleh merawat bibir kita kembali merah berseri. Collagen Shaklee dibuat daripada bahan semulajadi, diproses secara semulajadi, bebas daripada bahan toksik, bebas daripada bahan sampingan dan ia juga bebas daripada bahan kimia. Collagen Shaklee terdiri daripada 7 bahan utama iaitu ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B2 & B6.

Ada satu lagi petua tau.. Vita-E Complex boleh dicampurkan dengan minyak zaitun dan digunakan sebagai pelembap bibir. Kesannya kulit bibir lembap dan lebih merah daripada biasa, tanpa lipstik! Cubalah!

Jom dapatkan segera dari kami!

Untuk order mana-mana produk dari Shaklee sila SMS/Whatsapp di 017-9421767. Setiap pembelian akan disertakan dengan konsultasi percuma!! Konsultasi percuma ini hanya untuk pelanggan kami sahaja!

Jom LIKE page kedaivitamin2u untuk info terkini.

Hayani
017-9421767
Shaklee Independent Distributor 1122498
Fanpage : NaturalNutrisi






Tuesday 10 June 2014

Vivix Shaklee : Ramuan Semulajadi



Apa Itu Vivix ?

Ia adalah minuman campuran botani  yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran botani Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Apa benda polifenol tu? Ia adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Haa.. ni mesti dok tanya lagi ni makna fitokimia. Fitokimia atau kekadang dikenali fitonutrien secara umumnya bermaksud segala jenis zat kimia atau nutrien yang diturunkan dari sumber tumbuhan, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Jelas kan.. hari ni kita belajar sains sikit.. :)

Jom kita kenal dulu ramuan yang terdapat dalam Vivix Shaklee ni.

Polyganum Cuspidatum


Polygonum cuspidatum sejenis pokok  terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Anggur Muscadine


Anggur Muscadine boleh didapati di kawasan yang ekstrem iaitu kawasan liar yang menyebabkan anggur muscadine mempunyai tinggi polifenol dan resveratrol. Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria. Selain itu, anggur muscadine mengandungi asid allegik yang berfungsi sebagai menghalang ataupun menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kepada kanser juga anti virus dan anti bakteria. 

Elderberi Eropah





Berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun dalam badan. Ia berkesan melawan jangkitan virus dan flu, yis, asma, batuk, sesak nafas dan diabetes.


Lobak Ungu


Lobak ungu mengandungi anthocyanins iaitu antioksida yang mustajab dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Sesiapa sahaja; orang dewasa yang berkaitan dengan penuaan selular dan untuk penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya boleh mengambil vivix sebagai supplemen harian. Namun begitu, vivix tidak dicadangkan untuk wanita hamil atau menyusu dan juga mereka yang menjalani kimoterapi. 

Hubungi untuk info lanjut.

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi

Monday 9 June 2014

Khasiat Dan Manfaat Peppermint Ginger Plus Shaklee

Masalah angin, loya, mual, gastrik, mabuk laut/darat, sukar sendawa dan penghadaman sering berlaku di kalangan kita. Peppermint Ginger Plus dapat membantu masalah ini. Ia juga membantu ibu mengandung bagi mengatasi masalah morning sickness. Jangan bimbang.. ia selamat digunakan untuk ibu mengandung.






Keistimewaan Peppermint Ginger Plus disebabkan ia mengandungi 4 herba unik iaitu:-


Adas/Jintan Manis
Digunakan oleh orang Eropah selepas makan untuk mengurangkan kembung perut. Maka, tidak hairanlah di Indonesia ia adalah salah satu bahan untuk membuat minyak telon bayi. Selain daripada itu, adas boleh melegakan sakit perut dan selsema. Ia juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Daun pudina 
Nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya yang mempunyai sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan.

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi juga dalam ubatan tradisional.

Antara khasiat halia adalah :-
  • Ia dapat mengelakkan daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman dengan membuang toksin.
  • Halia membantu menghilangkan batuk dan selsema. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain.
  • Halia membantu mengurangkan rasa loya ketika dalam perjalanan jauh. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu menstabilkan kembali rasa loya tersebut.
  • Halia juga sebagai pengubat sakit otot yang mengurangkan sakit sendi dan radang artritis.
Cekur Manis
Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin. Fuhh.. kecur air liur dibuatnya.

Apa khasiat cekur manis ni pula?
  • Ia membantu melegakan masalah pencernaan, PMS, batuk dan berkahak.
  • Cekur manis meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit
  • Cekur manis juga melegakan haba badan pada musim panas dan lembab serta memberi peredaran tenaga di dalam badan dan juga baik untuk perut.
Bagaimana cara pengambilan Peppermint Ginger Plus Shaklee?
Bagi membantu masalah penghadaman, ambil 3 biji selepas makan. Untuk mencuci usus dan perut, larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa dalam air panas suam untuk diminum. Sekiranya ada masalah gastrik, amalkan dengan melarutkan 3-5 biji ke dalam air panas menjadi teh herba. Sungguh nyaman dan menyegarkan. Jika ada masalah tekak, batuk atau pun susah nak sendawa hisap 2 biji. Insya Allah kurang lah batuk tu.

Jom dapatkan Peppermint Ginger Plus dan jangan lupa hubungi no. di bawah untuk sebarang pertanyaan dan pesanan
Fanpage : NaturalNutrisi
Email : syahayanis@gmail.com
SMS/Whatsapp : 017-9421767
COD Area: Kubang Kerian, Kota Bharu, Kuala Krai, Jerteh

Sunday 8 June 2014

PROMOSI SHAKLEE JUN 2014 : VITA-E COMPLEX

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita gembira!! Bulan ni, Jun 2014 promosi Shaklee adalah Vita-E Complex yang sememangnya menjadi pilihan ramai. Memang woww lah promosi kali ni kan!!

Promosi Vita-E Complex beli 6 percuma 1. Nak beli 1 pun takde masalah..hehehe.. Tapi yang sememangnya berbaloi borong 7 terus dan pakat-pakat kongsi dengan kawan-kawan dan saudara-mara.



Banyak kelebihan Vitamin E Complex:

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan
  • Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan premenstrual syndrome (PMS). Bagi mereka yang sering mengalamin senggugut yang teruk sehingga berguling-guling, boleh lah mencuba vitamin E.
  • Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh kecedaraan atau pun parut jerawat.
  • Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan bukan sahaja wanita malah ia juga menambah pengeluaran air mani lelaki. 
  • Dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana membantu merawat masalah kedinginan suami isteri.
  • Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E sekurang-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik dan kurang stress dalam kehidupan harian. 
  • Vitamin E melindungi kulit daripada kerosakan akibati radiasi UV matahari dan udara tercemar yang menjadi punca kedutan, jeragat dan juga kanser kulit. 

Untuk keterangan lanjut dan juga konsultasi percuma hubungi :
Fanpage : NaturalNutrisi
SMS/Whatsapp : 017-9421767

Saturday 31 May 2014

Nutriferon & Omega Guard Merawat Asthma/Lelah

Penyakit Asthma atau lebih dikenali lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul(wheezing), sesak nafas dan sukar bersenam.

Antara gejala utama asthma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadangkala dengan kehadiran lendir jernih. Gejala semakin kuat berlaku teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas.



Penyebab serangan asthma
  • tekanan emosi
  • jangkitan sistem pernafasan
  • aspirin dan ubat seumpamanya
  • udara sejuk
  • senaman
  • alahan seperti kutu habuk, debunga, spora kulapuk atau pun binatang peliharaan
Asthma juga dikaitkan dengan keturunan. 


Cadangan Supplemen Untuk Pesakit Asthma

OmegaGuard


Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi penyakit asthma/lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Oleh sebab itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan seperti pesakit asthma.

Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 yang paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Omega-3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Selain itu, kandungan EPA & DHA dalam Omega Guard Shaklee adalah antara yang tertinggi berbanding jenama lain di pasaran.

Nutriferon



 
Nutriferon adalah campuran yang dipatenkan, terbukti secara klinikal esktrak daripada tumbuhan imun semulajadi dan hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. Apabila mengamalkannya, ia meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan, pengaktif kritikal sistem imun. Nutriferon bekerja pada tahap sel dengan mengaktifkan pertahanan sistem imun badan.

Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Set ini sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.







Hayani
SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi

Wednesday 28 May 2014

DTX Complex Memberi Perlindungan Kepada Hati Anda

Kita berkenalan pula dengan DTX Complex.


DTX Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak semulajadi yang terdiri daripada bahan berikut:-


Ekstrak Biji Benik Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)

Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.

Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.

Membantu masalah kulit spt psoriasis dan ekzema.




Articoke

Berfungsi membina semula sel-sel hati dan meransang pengaliran hempedu










Dandelion


Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundis.

Membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu serta membantu mencegah batu karang.

Berfungsi melawan tumor dan kanser

 


 
Kunyit


Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida



Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.


Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV







Reishi Mushrooms (Ling Zhi)


Membina imun; membantu dalam mencegah dan merawat penyakit kanser


Merawat sindrom keletihan yang kronik

Membantu mencegah penyakit jantung



Schizandra


Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.


Ia juga berkait dalam meransang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi.






DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan.

Apakah kebaikan mengambil DTX Complex ?

1. Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu
2. Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati
3. Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

Berminat mendapatkan DTX Complex Shaklee? Jom dapatkannya daripada saya.

Hayani
SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi