Wednesday 3 December 2014

Pujian Adalah Milik Mutlak Allah Taala

Realiti; manusia sukakan pujian. Ada juga manusia memang suka memuji. Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang paling cantik & ditugaskan untuk menggalas tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka sudah pastinya banyak sifat manusia yang boleh dipuji dan dihargai.




Kita juga digalakkan untuk memberi penghargaan dengan menyebut kebaikan dan jasa orang sebagai menunjukkan kesyukuran. Secara tidak langsung, ia memberi kesan dari segi kemesraan dalam perhubungan sesama manusia.

Adakalanya kita tidak sedar, segala keistimewaan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah milik mutlak Allah yang diberikan kepada kita. Jadi, sepatutnya ketika kita dipuji, perasaan bangga dan gembira itu perlu kita nyatakan syukur kepadaNya. Kita perlu kembali kepada Allah supaya tidak lupa diri.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak dipuji dan kita sebagai hambaNya hanya menumpang nikmat pujian itu.

Seseorang yang cantik dan tampan dipuji kerana ciptaanNya. Kita perlu mengingatkan diri kita siapa pencipta kita yang menjadikan diri kita sesempurna itu. Sesungguhnya kita hanya menumpang atas ciptaan Allah yang cantik sehinggakan dipuji oleh saudara kita yang lain.

Pujian daripada manusia mungkin akan kekal jika kita mengakui dari jauh di sudut hati bahawa yang dipuji pada diri kita adalah pujian untuk Allah. Caranya dengan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.

1 comment:

  1. pujian kekadang melemahkan... kena positive supaya negative lari

    ReplyDelete