Monday 16 March 2015

12 Jenis Buah Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

Tau tak ada jenis buah-buahan tertentu yang membantu kita menurunkan berat badan? Kebanyakan orang menganggap semua buah sama sahaja dari segi kesihatan. Tetapi ada juga buah yang lebih tinggi seratnya, pembakar lemak semulajadi yang boleh membantu meningkatkan metabolisme kita. Buah-buahan ini mempunyai kandungan gula yang rendah daripada yang lain. Jadi, tidak semua buah-buahan dicipta sama dalam nilai pemakanan. Buah-buahan ini boleh membantu kita mengurangkan berat badan dan mempunyai lebih banyak tenaga.

1. Epal


Tau tak epal adalah salah satu buah terbaik untuk membantu kita mengurangkan berat badan? Epal mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Epal juga mengandungi vitamin dan mineral selain dari serat. Kesemua kandungan ini membantu kita menurunkan berat. Nak langsingkan badan, makan epal hari-hari!




2. Pear



Buah pear juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi membantu kita cepat berasa kenyang. Ia juga mempunyai kolestrol yang rendah dan baik untuk jantung kerana mempunyai kandungan potassium.





 3. Pisang

Saya paling suka buah pisang. Rasanya sedap sangat. Pisang paling tinggi serat dan potassium yang boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Pisang juga satu-satunya buah yang mempunyai kandungan vitamin B6. Vitamin B6 membantu meningkatkan sistem imun kita dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.




4. Blueberi

Blueberi adalah buah yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi. Blueberi boleh memerangi faktor-faktor yang menyebabkan sindrom metabolik. Sindrom metabolik adalah keadaan di mana adanya diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.





5. Strawberri

Strawberi; buah yang paling memberi kesan pengurangan berat badan kerana buah strawberi menggalakkan pengeluaran hormon adiponectin dan leptin, kedua-duanya pembakaran lemak dan hormon peningkat metabolisme. Ia memberi kesan kadar metabolisme yang lebih tinggi apabila dimakan bersama diet yang sihat dan seimbang. Pastikan kita juga lakukan senaman. Strawberi juga mempunyai enzim anti-radang yang membantu menyembuhkan kecederaan dalaman atau kerosakan tisu. Dapatkan strawberi untuk memperbaiki kesihatan dan meningkatkan metabolisme.

6. Kiwi

Buah kiwi, rasanya 2 dalam 1, manis dan masam. Tau tak buah kiwi juga memberi kesan mengurangkan berat badan kerana ia benar-benar penuh dengan serat? Dan mungkin antara kita tertanya-tanya apa benda biji-biji hitam tu? Kesemua biji-biji hitam ni baik untuk serat larut yang membantu pencernaan. Selain serat larut, ia juga menggalakkan rasa kenyang, sesuai bg mereka yang ingin menurunkan berat badan.






7. Buah Pic

Buah pic adalah sesuai untuk diet rendah kalori. Ia mengandungi jumlah serat yang tinggi, kalium dan ia penuh dengan vitamin. Ada kajian menunjukkan pic adalah sumber antioksidan yang baik. Jadi, yakinlah buah pic boleh mengepam keluar lemak-lemak yang ada dalam badan dan kita boleh mendapatkan badan tip top!






8. Kelapa

Isi kelapa muda sangat manis dan rasanya sedap dimakan pada hari panas. Banyak kegunaan daripada buah kelapa contohnya sebagai minuman, minyak kelapa dan juga santan. Ia mengandungi rantaian trigliserida yang meningkatkan kadar metabolisme sehingga 30 peratus, jadi ia membantu kita mengurangkan berat badan. Walaupun ramai orang mengelakkan makan kelapa disebabkan kelapa tinggi lemak tepu, tetapi lemak tepu yang terdapat dalam kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang kita elakkan. Sebagai contoh, minyak kelapa adalah lemak yang terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana dan tidak disimpan dalam badan kita sebagai lemak!

9. Delima

Polifenol antioksidan yang terdapat dalam buah delima boleh meningkatkan metabolisme badan. Di samping itu, buah ini juga boleh mengurangkan selera makan kita. Maknanya, buah ini boleh mengurangkan berat badan kita. Delima juga mengurangkan kolestrol LDL, membuang toksin berbahaya dan meningkatkan aliran darah dalam badan.



10. Oren

Buah oren adalah penggalak metabolisme yang kaya dengan vitamin C, thiamin dan folate. Walau bagaimanapun, jangan silap menggantikan jus oren dengan oren sebenar sebab kandungan nilai pemakanannya tidak sama. Oren mengandungi kalori yang kurang dan ia kaya dengan serat yang tidak terdapat dalam bentuk jus. Percaya atau tidak; 1 cawan oren mengandungi hanya 85 kalori dan 5 gm serat pemakanan. Kita akan mendapat banyak manfaat daripada buah ini.


11. Mangga

Walaupun mangga mengandungi gula yang sedikit berbanding buah-buahan lain, namun ia amat baik untuk kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Ia mengandungi kira-kira 130 kalori, 3 gm serat, vitamin C, vitamin A dan kalsium. Jadi, buah ini juga amat sesuai dalam usaha untuk merampingkan badan.







12. Betik

Betik buah yang manis, sedap, isinya lembut dan baik untuk kesihatan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan kerana betik mengandungi enzim semulajadi yang menggalakkan pemindahan makanan melalui badan kita. Di samping itu, ia kaya dengan nutrien antioksidan seperti karotin, vitamin C dan flavonoid.




Bagaimana nak makan semua buah-buah ini untuk membantu mengurangkan berat badan? Boleh gabungkan sedikit dari setiap buah-buahan ini dan dijadikan salad. Selamat mencuba!

2 comments: