Sunday 29 March 2015

Sakit Belakang Ketika Menyusu : 6 Tips Untuk Melegakannya

Sakit belakang semasa menyusu adalah perkara biasa bagi ibu menyusu dan boleh dirumuskan disebabkan oleh teknik postur semasa menyusu dalam keadaan yang tidak betul. Stress atau tekanan juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketegangan bertambah.

Pengalaman saya apabila menyusukan anak kali pertama, sehingga beberapa minggu saya menyusu, saya mula berasa sakit belakang. Berikut adalah beberapa tips yang membantu mengurangkan sakit belakang yang saya perolehi melalui pembacaan artikel dan majalah serta nasihat daripada jururawat hospital dan klinik.

Postur Salah Semasa Menyusu


Postur yang salah semasa menyusu adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan sakit belakang. Apabila kita membongkok semasa kita meriba bayi, ia akan menyebabkan ketegangan kepada tulang belakang, walaupun kita bersandar semasa menyusu bayi, sehingga kita mula merasakan kesakitan di bahagian belakang.

Jadi, cuba pastikan tidak membongkok semasa meriba dan menyusu bayi. Gunakan bantal untuk menyokong berat badan bayi semasa menyusu.


Jika mula merasakan kesakitan di belakang ketika menyusu, cuba menyusu pada posisi yang berbeza. Posisi tidur mengiring adalah sangat sesuai untuk bahagian belakang kerana bayi disokong oleh sofa atau katil di mana kita membaringkan bayi bersama kita. Letakkan bantal di belakang kita dan juga di belakang bayi untuk memberi keselesaan semasa menyusu.


Cari kerusi yang selesa untuk membolehkan kita berehat semasa dalam tempoh penyusuan. Ambil masa untuk mendapatkan keselesaan sebelum memberi bayi kita menghisap susu kerana kita akan mengambil banyak masa semasa menyusukan bayi terutama pada awal minggu kelahiran.

6 Cara Melegakan Kesakitan Semasa Menyusu


1. Keperluan nutrien yang mencukupi amat penting bagi ibu-ibu menyusu. Pengambilan kalsium harian yang disyorkan bagi ibu-ibu menyusu adalah 1 300 mg sehari. Adalah digalakkan membaca label pemakanan bagi memastikan kita mendapat kalsium secukupnya. Sebagai contoh, 1 cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium. Antara sumber terbaik kalsium adalah susu, keju, yogurt dan sebagainya. Video ini menunjukkan bagaimana ibu ini melegakan kesakitan sakit belakang dalam tempoh penyusuan bayi.




2. Gunakan heating pad/pad pemanasan di bahagian sakit belakang, bahu atau leher. Ini akan membantu akan mengendurkan otot dan diharapkan dapat mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. Haba sangat bagus untuk melegakan kesakitan.

3. Cuba menyusu dalam posisi/kedudukan yang berbeza. Jika belakang, bahu atau leher mula berasa sakit semasa menyusu, cuba ubahkan kedudukan penyusuan. Cuba dalam posisi yang berbeza agar bahagian belakang tidak berasa tertekan semasa menyusu. Boleh cuba menyusu dalam keadaan berbaring dan letakkan bantal di belakang kita untuk keselesaan di bahagian belakang.

4. Mengurut. Mengurut di bahagian belakang membantu melegakan otot yang tegang dan ini menjadikan kita lebih relaks.

5. Lakukan senaman regangan yang melibatkan abdomen dan bahagian belakang. Senaman regangan yang ringan boleh membantu mengurangkan sakit belakang.

6. Berehat dan cuba kurangkan stress. Stress boleh menyebabkan ketegangan berlebihan dalam otot dan ini menyebabkan sakit bahu, leher dan juga belakang. Jika berasa sangat tertekan atau stress, cuba ambil sedikit masa lakukan apa sahaja perkara yang boleh bagi kita relaks untuk mendapatkan ketenangan. Contohnya:-
  • Mandi air suam/panas.
  • Tetapkan satu masa untuk mengurut. 
  • Tidur apabila ada peluang. 
  • Fokus untuk relaks setiap kali memberi penyusuan kepada bayi. Tutup mata dan lakukan senaman pernafasan relaks. 
Selalunya, kesakitan di bahagian belakang semasa menyusu adalah disebabkan oleh postur yang salah dan juga keadaan atau kedudukan kita semasa menyusu. Jika kita boleh mengikut tips yang dinyatakan di atas, InsyaAllah sakit belakang akan berkurangan. Kita juga akan mendapatkan kembali kekuatan dan daya tahan otot di bahagian belakang. Kesannya, penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah, natural, selesa dan tiada kesakitan. InsyaAllah.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Sunday 22 March 2015

Mencapai Impian dan Matlamat Agar Menjadi Realiti


Ada tak antara kita yang mempunyai impian dan matlamat?

Of course ada kan, tapi macam mana cara kita nak jadikannya realiti?

Selalunya, impian dan matlamat akan kekal angan-angan semata-mata melainkan jika kita melakukan sesuatu untuk menjadikannya realiti.

Bagi mencapai impian dan matlamat yang diidam-idamkan, ianya bergantung kepada beberapa faktor:-
  1. Kita perlu tetapkan matlamat yang spesifik dan jelas.
  2. Kita perlu memastikan bahawa kita sememangnya serius ingin mencapai matlamat tersebut.
  3. Kita perlu mewujudkan gambaran yang jelas dalam minda kita tentang matlamat kita.
  4. Kita perlukan keinginan yang kuat.
  5. Kita perlu abaikan dan fikirkan tentang kegagalan
  6. Kita perlu tunjukkan keyakinan dan kepercayaan serta bersabar sehingga kita mencapainya.
Berapa ramai yang memenuhi syarat-syarat di atas? Sikit sangat! Kebanyakan orang tidak tahu ada peraturan yang menentukan kejayaan yang perlu kita ikuti.

Mudah untuk kita angan-angankan dan kita pun fikir "Angan-angan je. Tak akan jadi realiti/kenyataan". Sangat mudah untuk kita putus-asa dan hilang keyakinan serta motivasi apabila kita berdepan dengan halangan-halangan.

Kita boleh mencapai impian dan matlamat dengan menggunakan mental kita.

Mencapai matlamat tidak seharusnya kita mengalami pengalaman yang pahit dan sukar. Malah, ia boleh menjadi satu keseronokan jika kita melaluinya dengan cara yang betul. Ia bukannya melalui usaha keras fizikal yang membawa kepada kejayaan. Kejayaan tidak memerlukan usaha keras yang berat. Hakikatnya, kita memerlukan usaha mental.

Apa usaha mental tersebut? Dengan cara bayangkan dan cakap kat diri kita sendiri apa impian kita.
Gambarkan dan sentiasa menyatakan impian kita adalah usaha mental kita, dan ia adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Apabila kita menggambarkan dan kita menyatakan kepada diri sendiri, kita memberi tumpuan dan menyalurkan tenaga kita ke arah matlamat yang hendak kita capai. Fikiran kita akan menjurus ke arah mencari penyelesaian untuk membawa matlamat kita menjadi suatu realiti.

Dengan berfikir secara positif kepada matlamat kita, dan tidak membiarkan apa-apa keraguan dan perkara negatif dimasukkan ke dalam fikiran kita, gerak hati kita mula bekerja, kita menghargai peluang, dan kita akan mempunyai tenaga untuk menuruti matlamat dan impian kita.

Tumpuan, niat dan tenaga yang kita salurkan ke arah apa yang kita gambarkan dan yang kita cakapkan akan meningkatkan azam, tumpuan, kesungguhan dan disiplin diri.

Salah satu kelebihan apabila kita gambarkan dan kita sering nyatakan adalah kita boleh gunakannya di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa atau tempat, tanpa perlukan apa-apa kehendak luar. Semua yang kita perlukan adalah minda kita. 
    Kejayaan dapat dicapai melalui kerja, kesungguhan, cita-cita dan gambaran kita. Proses ini akan mengambil masa, singkat atau lebih lama bergantung kepada matlamat. Walau bagaimanapun, kadang kala kejayaan mungkin muncul dengan cara yang magic dan tidak disangka-sangka. Kadang-kadang peluang telah muncul dan pintu terbuka tetapi kita perlu masuk dan ambil peluang tersebut.

    Setiap orang ada matlamat besar dan ada matlamat kecil. Hanya gambaran dan kata yang diucapkan sahaja menjadikan matlamat kita lebih mudah dan cepat untuk dicapai.

    Adakah kita hanya berfikir impian besar sahaja boleh dijadikan matlamat? Sebagai contoh :
    • Menjadi kaya-raya
    • Membeli kereta mahal.
    • Membeli sebuah rumah banglo dilengkapi dengan kolam renang
    • Membina perniagaan yang sangat berjaya

    Hakikatnya adalah, perkara berikut juga boleh dijadikan matlamat penting :
    • Bangun awal pagi sebelum Subuh. Paling baik dapat menunaikan solat tahajjud dan solat witir sekali.
    • Sampai awal di tempat kerja.
    • Menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
    • Membaca buku.
    • Pergi bercuti bersama isteri/suami dan anak-anak.
    • Mengawal tabiat pemakanan.
    • Melakukan senaman

    Kita Boleh Mencapai Impian dan Matlamat

    • Bagaimana kita gambarkan dan nyatakan?
    • Adakah terdapat mana-mana kaedah dan panduan ?
    • Ya. Ada!
    Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, kita juga perlu ada bakat untuk berjaya. Biasanya kita akan terdetik rasa jeles tengok orang lain yang berjaya dan mulalah terdetik dalam fikiran kita "kenapa lah aku tak macam dia".  Sebenarnya, nak jadi orang yang sangat berbakat ni tidak lah sukar. Hanya perlu buat 3 perkara yang disebutkan dalam video ini sahaja.





    Semoga kita semua mencapai matlamat yang kita impi-impikan. InsyaAllah.

    Monday 16 March 2015

    12 Jenis Buah Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

    Tau tak ada jenis buah-buahan tertentu yang membantu kita menurunkan berat badan? Kebanyakan orang menganggap semua buah sama sahaja dari segi kesihatan. Tetapi ada juga buah yang lebih tinggi seratnya, pembakar lemak semulajadi yang boleh membantu meningkatkan metabolisme kita. Buah-buahan ini mempunyai kandungan gula yang rendah daripada yang lain. Jadi, tidak semua buah-buahan dicipta sama dalam nilai pemakanan. Buah-buahan ini boleh membantu kita mengurangkan berat badan dan mempunyai lebih banyak tenaga.

    1. Epal


    Tau tak epal adalah salah satu buah terbaik untuk membantu kita mengurangkan berat badan? Epal mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Epal juga mengandungi vitamin dan mineral selain dari serat. Kesemua kandungan ini membantu kita menurunkan berat. Nak langsingkan badan, makan epal hari-hari!




    2. Pear



    Buah pear juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi membantu kita cepat berasa kenyang. Ia juga mempunyai kolestrol yang rendah dan baik untuk jantung kerana mempunyai kandungan potassium.





     3. Pisang

    Saya paling suka buah pisang. Rasanya sedap sangat. Pisang paling tinggi serat dan potassium yang boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Pisang juga satu-satunya buah yang mempunyai kandungan vitamin B6. Vitamin B6 membantu meningkatkan sistem imun kita dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.




    4. Blueberi

    Blueberi adalah buah yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi. Blueberi boleh memerangi faktor-faktor yang menyebabkan sindrom metabolik. Sindrom metabolik adalah keadaan di mana adanya diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.





    5. Strawberri

    Strawberi; buah yang paling memberi kesan pengurangan berat badan kerana buah strawberi menggalakkan pengeluaran hormon adiponectin dan leptin, kedua-duanya pembakaran lemak dan hormon peningkat metabolisme. Ia memberi kesan kadar metabolisme yang lebih tinggi apabila dimakan bersama diet yang sihat dan seimbang. Pastikan kita juga lakukan senaman. Strawberi juga mempunyai enzim anti-radang yang membantu menyembuhkan kecederaan dalaman atau kerosakan tisu. Dapatkan strawberi untuk memperbaiki kesihatan dan meningkatkan metabolisme.

    6. Kiwi

    Buah kiwi, rasanya 2 dalam 1, manis dan masam. Tau tak buah kiwi juga memberi kesan mengurangkan berat badan kerana ia benar-benar penuh dengan serat? Dan mungkin antara kita tertanya-tanya apa benda biji-biji hitam tu? Kesemua biji-biji hitam ni baik untuk serat larut yang membantu pencernaan. Selain serat larut, ia juga menggalakkan rasa kenyang, sesuai bg mereka yang ingin menurunkan berat badan.






    7. Buah Pic

    Buah pic adalah sesuai untuk diet rendah kalori. Ia mengandungi jumlah serat yang tinggi, kalium dan ia penuh dengan vitamin. Ada kajian menunjukkan pic adalah sumber antioksidan yang baik. Jadi, yakinlah buah pic boleh mengepam keluar lemak-lemak yang ada dalam badan dan kita boleh mendapatkan badan tip top!






    8. Kelapa

    Isi kelapa muda sangat manis dan rasanya sedap dimakan pada hari panas. Banyak kegunaan daripada buah kelapa contohnya sebagai minuman, minyak kelapa dan juga santan. Ia mengandungi rantaian trigliserida yang meningkatkan kadar metabolisme sehingga 30 peratus, jadi ia membantu kita mengurangkan berat badan. Walaupun ramai orang mengelakkan makan kelapa disebabkan kelapa tinggi lemak tepu, tetapi lemak tepu yang terdapat dalam kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang kita elakkan. Sebagai contoh, minyak kelapa adalah lemak yang terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana dan tidak disimpan dalam badan kita sebagai lemak!

    9. Delima

    Polifenol antioksidan yang terdapat dalam buah delima boleh meningkatkan metabolisme badan. Di samping itu, buah ini juga boleh mengurangkan selera makan kita. Maknanya, buah ini boleh mengurangkan berat badan kita. Delima juga mengurangkan kolestrol LDL, membuang toksin berbahaya dan meningkatkan aliran darah dalam badan.



    10. Oren

    Buah oren adalah penggalak metabolisme yang kaya dengan vitamin C, thiamin dan folate. Walau bagaimanapun, jangan silap menggantikan jus oren dengan oren sebenar sebab kandungan nilai pemakanannya tidak sama. Oren mengandungi kalori yang kurang dan ia kaya dengan serat yang tidak terdapat dalam bentuk jus. Percaya atau tidak; 1 cawan oren mengandungi hanya 85 kalori dan 5 gm serat pemakanan. Kita akan mendapat banyak manfaat daripada buah ini.


    11. Mangga

    Walaupun mangga mengandungi gula yang sedikit berbanding buah-buahan lain, namun ia amat baik untuk kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Ia mengandungi kira-kira 130 kalori, 3 gm serat, vitamin C, vitamin A dan kalsium. Jadi, buah ini juga amat sesuai dalam usaha untuk merampingkan badan.







    12. Betik

    Betik buah yang manis, sedap, isinya lembut dan baik untuk kesihatan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan kerana betik mengandungi enzim semulajadi yang menggalakkan pemindahan makanan melalui badan kita. Di samping itu, ia kaya dengan nutrien antioksidan seperti karotin, vitamin C dan flavonoid.




    Bagaimana nak makan semua buah-buah ini untuk membantu mengurangkan berat badan? Boleh gabungkan sedikit dari setiap buah-buahan ini dan dijadikan salad. Selamat mencuba!

    Sunday 8 March 2015

    Bangkit Untuk Berfikiran Positif

    Assalamulaikum dan selamat pagi!

    Mulakan hari baru.

    Buka minda kita dan bersedia menghadapi untuk apa sahaja hari ini.

    Jam pertama dan seterusnya selepas kita bangun tetapkan matlamat apa yang kita nak buat hari ini. Dan oleh kerana hari ini kita nak mulakan hari yang positif, kita nak buat semula apa yang telah kita tangguhkan dan tinggalkan atau yang kita tak sempat nak lakukan.

    Mudah sahaja!

    Kita bangkit dengan mulakan hari dengan memikirkan perkara yang positif dengan cara muhasabah diri kita. Saya suka dengar tips dari kakak ni cara muhasabah diri dengan betul.




    Buat Perancangan Untuk Hari Ini


    Apabila kita bangun waktu pagi, fikirkan (kalau saya, saya bagi masa setengah jam selepas bangun dari tidur) dan tetapkan apa yang kita nak buat hari ini.

    Contohnya :

                      Hari ini saya mahukan ketenangan.
                      Hari ini macam mana sekalipun saya nak buat solat sunat rawatib.
                      Hari ini saya nak siapkan tugasan sebab esok saya nak buat tugasan lain.

    Adalah sangat penting untuk gunakan ayat "hari ini" kerana ayat ini boleh membuatkan kita bertambah yakin dengan apa yang kita nak buat pada hari ini.

    Ingat apa yang kita rancangkan dalam fikiran kita tadi sepanjang hari agar fikiran positif kita sentiasa tertanam dalam minda kita.


    Jadikan Setiap Hari Adalah Hari Penting


    Kita boleh capai pemikiran positif dengan memilih untuk melakukan sesuatu yang membawa kita lebih dekat dengan matlamat kita.

    Kita boleh pilih untuk mengambil satu langkah ke hadapan bagi matlamat kita, contohnya kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan rumah kita dalam masa 2 tahun lagi atau kita tetapkan setiap minggu kita akan sedekahkan RM 50 di masjid pada hari Jumaat.

    Ini menjadikan diri kita lebih yakin dan kita akan gembira untuk diri kita sendiri sebab kita dah fikirkan secara positif apa matlamat kita pada hari tersebut atau sepanjang hayat kita.


    Tips-tips di atas boleh kita gunakan untuk mencapai fikiran positif setiap hari.

    Sesuaikan dengan keupayaan kita contohnya dari segi situasi atau keadaan kita, dan kita akan dapat rasakan kita boleh mengendalikan hidup kita dengan lebih mudah ke arah yang lebih bermakna dan diredhai Allah.

    Wednesday 4 March 2015

    Denggi - Bagaimana Cara Menghadapinya?

    Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh nyamuk yang membawa virus denggi. Simptomnya adalah terdiri daripada demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi dan ruam-ruam di kulit yang menyerupai demam campak. Sebahagian kecil daripada kes penyakit ini ada yang berkembang menjadi demam denggi berdarah yang mengancam nyawa. Ia mengakibatkan pendarahan di mana tahap platlet darahnya amat rendah. 

    Apa yang perlu kita buat kalau kita dah terkena denggi? Entri kali ini saya nak share bagaimana produk Shaklee membantu pesakit denggi. Apa yang lebih penting bagaimana kita nak elak? Kita tengok video ni dulu dan dengar penjelasan daripada Pn Sarah; pakar nutritionist Shaklee. 

     

    Sedikit rumusan daripada video di atas.

    1. Pastikan banyak minum air masak. Boleh cuba Performance Drink Shaklee untuk mengurangkan dehidrasi. Secara klinikal, ia adalah minuman istonik yang kurang gula dan tiada kandungan karbonat.

    2. Jus buah-buahan : Pengambilan makanan bersumberkan vitamin C untuk pesakit denggi adalah satu kemestian. Vitamin C adalah nutrien yang paling penting untuk sistem imun dan penting untuk pembentukan hormon adrenalin. Ia juga mempunyai kesan dalam menghalang bakteria dan virus. Shaklee ada produk berasaskan vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C.

    3. Nutriferon berperanan menghasilkan antibodi semulajadi bagi melawan virus denggi. Pengambilan Nutriferon boleh meningkatkan tahap imunisasi badan.

    4. Makanan yang kaya dengan protein : Makanan bagi pesakit denggi hendaklah kaya dengan protein seperti daripada produk tenusu contohnya telur. Pesakit denggi dinasihatkan mengambil makanan yg bersumberkan protein bagi melawan virus ini. ESP Shaklee adalah sumber protein yang amat baik bagi membantu menjana sel darah baru di samping meningkatkan tahap platlet darah.


    Produk-produk Shaklee yang dinyatakan di atas bukan sahaja membantu pesakit denggi malah boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus denggi degil. Jadi, tunggu apa lagi. Boleh dapatkan produk ini daripada saya dengan klik order di bawah ini.

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f8c30bf603f34e4c0ac832403b25590

    atau hubungi saya
    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

    Monday 2 March 2015

    Cara Bijak Atasi Masalah Senggugut Dasyat

    Ada sesetengah wanita mengalami masalah senggugut atau period pain. Mereka seharusnya perlu berikhtiar dan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Sebabnya masalah senggugut ini boleh menjadi masalah yang besar, bukan kepada pesakit itu sahaja malah kepada sesiapa yang berada berhampiran dengan mereka ketika itu. Suami tengok pun tak boleh nak buat apa. Nak tolong, tak tau nak tolong macam mana. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau

    Mari kita dengar pengalaman sakit senggugut ni daripada Puan Maria Awi.




    Ini adalah antara supplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah senggugut

    Ostematrix (Kalsium)
    Kalsium boleh membantu mengurangkan kekejangan otot semasa haid. Satu kajian menunjukkan wanita yang mengambil kalsium setiap hari mengurangkan gejala senggugut atau PMS termasuk sakit kepala, perasaan tidak menentu (moody), nafsu makan dan perut kembung.

    B-Complex
    Vitamin B-Complex memainkan peranan dalam membantu gejala PMS. Vitamin B boleh menghilangkan rasa sakit senggugut dan mengawal tempoh haid yang tidak teratur.


    Selain daripada cara di atas, boleh juga mengambil halia. Halia boleh mengurangkan gejala selsema, sakit kepala, dan sakit haid. Caranya, hiris nipis-nipis halia dan tuangkan air suam / panas. Seterusnya minum untuk melegakan kekejangan haid atau senggugut. 

    Selain itu, boleh juga dengan cara meletakkan botol yang berisi air panas ke abdomen dan belakang abdomen untuk melegakan kesakitan. Kalau tiada botol, boleh juga gunakan tuala panas. 



    Minum air kosong yang mencukupi. Kedengarannya agak janggal tetapi dengan meminum air yang mencukupi boleh mengekalkan simpanan air dalam badan dan membantu mengelakkan kembung dan pedih semasa haid. Minum air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk untuk meningkatkan penghidratan. 

    Klik di bawah untuk terus membuat pembelian set ini. 


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d53747ccb7ee68461cdce44eca7eca9b
    atau hubungi saya

    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

    Tips Cergas Puasa Semasa Hamil Pada Bulan Ramadhan

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 183).

    Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Mana-mana yang belum habis ganti, langsaikan cepat-cepat. Alhamdulillah, saya dah langsaikan bulan Syawal lagi selepas puasa Sunat Syawal. Since dari kecil lagi, saya suka gantikan cepat-cepat. Tak suka tangguh-tangguh hutang puasa ni. At least, tak adalah yang tertinggal ganti ke kan..

    Entri kali ni saya nak share berkenaan ibu hamil yang tetap cergas seperti biasa even berpuasa straight 30 hari pada bulan Ramadhan. Jom kita tengok video kat bawah ni dulu.





    Apa kebaikan daripada supplemen yang diamalkan oleh ibu hamil ini?

    ESP (Energizing Soy Protein)
    ESP membekalkan sumber protein kepada tubuh kita.  Amat penting untuk ibu hamil mendapatkan protein yang cukup sepanjang kehamilan terutama semasa trimester kedua dan ketiga yang mana pada masa ini bayi berkembang dengan cepat dan memerlukan nutrien yang cukup daripada ibunya. Tubuh manusia tidak menyimpan protein, jadi ia mesti dibekalkan setiap hari daripada makanan yang kita ambil.

    Apabila kita tidak cukup protein, badan kita akan berasa lemah, lesu, tidak bermaya dan akhirnya menggeletar. ESP membekalkan tenaga dan sangat sesuai untuk ibu hamil semasa berpuasa.

    Ostematrix (Sumber Kalsium) 
    Kalsium adalah zat yang amat penting untuk ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran apabila tiba melahirkan anak. Apa yang merisaukan, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

    Kalsium penting untuk menguatkan tulang khususnya bagi ibu-ibu hamil bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Kalsium juga penting untuk merehatkan otot ketika berlakunya kontraksi. Kalsium yang dimiliki oleh ibu akan diserap oleh bayi ketika membesar dalam proses pembentukan tulang. Kesannya, ibu akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

    Jadi, ibu hamil perlu menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi yang boleh menyebabkan ibu hamil kehilangan gigi pada usia yang lebih muda dan berisiko tinggi mengidap osteoporosis.

    Vita-lea (Multivitamin)
    Sekiranya ibu hamil mengamalkan diet yang sihat dan seimbang yang merangkumi pelbagai kumpulan makanan dan memenuhi saranan nutrien, ibu-ibu tidak perlukan suplemen multivitamin tambahan sepanjang kehamilan.

    Namun begitu, semakin bertambah usia kehamilan semakin banyak keperluan pemakanan lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil. Sekiranya sukar untuk memenuhi keperluan pemakanan yang sepatutnya atau mengalami kekurangan nutrien, ibu hamil disarankan mengambil suplemen multivitamin.


    Berikut kandungan yang terdapat dalam Vita-lea Shaklee






    B-Complex
    Vitamin B-Complex penting untuk kesihatan ibu hamil dan kesihatan bayi. Antara yang terkandung dalam vitamin B-Complex Shaklee adalah vitamin B1 (thiamin atau thiamine), vitamin B3 (niacin) dan vitamin B12 (cobalamin) yang diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi.  

    Vitamin B2 (riboflavin) membantu bayi untuk membesar. Vitamin B5 (pantothenic acid) juga membantu bayi untuk membesar dan membantu mengelakkan ibu hamil daripada anemia. Vitamin B6 (pyridoxine) mencegah daripada keguguran awal dan loya serta mengelakkan kecacatan kelahiran kepada bayi. Vitamin B9 (acid folic atau folate) membantu mencegah kecacatan kepada bayi. InsyaAllah.


    Sustained Release Vita-C (Vitamin C)
    Vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik juga antara pengambilan vitamin penting semasa hamil. Ia mencegah kerosakan radikal bebas dengan bertindak sebagai antioksidan untuk melambatkan pertumbuhan sel-sel tumor. Pengambilan vitamin C semasa hamil memberikan kelebihan dari segi berat badan bayi yang sihat. Kekurangan vitamin C semasa hamil boleh menyebabkan penyakit periodontal atau penyakit gusi seterusnya mengakibatkan kelahiran pramatang. 

    Omega Guard Shaklee
    Omega Guard dari Shaklee mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak. Asid lemak Omega-3 ini membantu perkembangan mata dan otak bayi yang dikandung. Dalam jangka masa yang panjang, ia juga membantu melindungi kita dari penyakit jantung.

    Selain daripada tips yang diberikan daripada video ini, ibu-ibu hamil dinasihatkan juga untuk minum air jus buah-buahan, susu atau air kosong. Pastikan minum banyak air semasa selepas berbuka puasa dan bersahur agar bekalan air dalam tubuh kita mencukupi.

    Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Nak harga lebih istimewa, boleh masuk ahli. Yuran ahli adalah untuk seumur hidup.

    Harga ahli hanya untuk ahli Shaklee berdaftar sahaja. 

    Klik jika untuk membuat pesanan

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e2655055c20c349c3c67aab7156eb6df

    atau hubungi saya

    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).