Sunday 29 March 2015

Sakit Belakang Ketika Menyusu : 6 Tips Untuk Melegakannya

Sakit belakang semasa menyusu adalah perkara biasa bagi ibu menyusu dan boleh dirumuskan disebabkan oleh teknik postur semasa menyusu dalam keadaan yang tidak betul. Stress atau tekanan juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketegangan bertambah.

Pengalaman saya apabila menyusukan anak kali pertama, sehingga beberapa minggu saya menyusu, saya mula berasa sakit belakang. Berikut adalah beberapa tips yang membantu mengurangkan sakit belakang yang saya perolehi melalui pembacaan artikel dan majalah serta nasihat daripada jururawat hospital dan klinik.

Postur Salah Semasa Menyusu


Postur yang salah semasa menyusu adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan sakit belakang. Apabila kita membongkok semasa kita meriba bayi, ia akan menyebabkan ketegangan kepada tulang belakang, walaupun kita bersandar semasa menyusu bayi, sehingga kita mula merasakan kesakitan di bahagian belakang.

Jadi, cuba pastikan tidak membongkok semasa meriba dan menyusu bayi. Gunakan bantal untuk menyokong berat badan bayi semasa menyusu.


Jika mula merasakan kesakitan di belakang ketika menyusu, cuba menyusu pada posisi yang berbeza. Posisi tidur mengiring adalah sangat sesuai untuk bahagian belakang kerana bayi disokong oleh sofa atau katil di mana kita membaringkan bayi bersama kita. Letakkan bantal di belakang kita dan juga di belakang bayi untuk memberi keselesaan semasa menyusu.


Cari kerusi yang selesa untuk membolehkan kita berehat semasa dalam tempoh penyusuan. Ambil masa untuk mendapatkan keselesaan sebelum memberi bayi kita menghisap susu kerana kita akan mengambil banyak masa semasa menyusukan bayi terutama pada awal minggu kelahiran.

6 Cara Melegakan Kesakitan Semasa Menyusu


1. Keperluan nutrien yang mencukupi amat penting bagi ibu-ibu menyusu. Pengambilan kalsium harian yang disyorkan bagi ibu-ibu menyusu adalah 1 300 mg sehari. Adalah digalakkan membaca label pemakanan bagi memastikan kita mendapat kalsium secukupnya. Sebagai contoh, 1 cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium. Antara sumber terbaik kalsium adalah susu, keju, yogurt dan sebagainya. Video ini menunjukkan bagaimana ibu ini melegakan kesakitan sakit belakang dalam tempoh penyusuan bayi.




2. Gunakan heating pad/pad pemanasan di bahagian sakit belakang, bahu atau leher. Ini akan membantu akan mengendurkan otot dan diharapkan dapat mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. Haba sangat bagus untuk melegakan kesakitan.

3. Cuba menyusu dalam posisi/kedudukan yang berbeza. Jika belakang, bahu atau leher mula berasa sakit semasa menyusu, cuba ubahkan kedudukan penyusuan. Cuba dalam posisi yang berbeza agar bahagian belakang tidak berasa tertekan semasa menyusu. Boleh cuba menyusu dalam keadaan berbaring dan letakkan bantal di belakang kita untuk keselesaan di bahagian belakang.

4. Mengurut. Mengurut di bahagian belakang membantu melegakan otot yang tegang dan ini menjadikan kita lebih relaks.

5. Lakukan senaman regangan yang melibatkan abdomen dan bahagian belakang. Senaman regangan yang ringan boleh membantu mengurangkan sakit belakang.

6. Berehat dan cuba kurangkan stress. Stress boleh menyebabkan ketegangan berlebihan dalam otot dan ini menyebabkan sakit bahu, leher dan juga belakang. Jika berasa sangat tertekan atau stress, cuba ambil sedikit masa lakukan apa sahaja perkara yang boleh bagi kita relaks untuk mendapatkan ketenangan. Contohnya:-
  • Mandi air suam/panas.
  • Tetapkan satu masa untuk mengurut. 
  • Tidur apabila ada peluang. 
  • Fokus untuk relaks setiap kali memberi penyusuan kepada bayi. Tutup mata dan lakukan senaman pernafasan relaks. 
Selalunya, kesakitan di bahagian belakang semasa menyusu adalah disebabkan oleh postur yang salah dan juga keadaan atau kedudukan kita semasa menyusu. Jika kita boleh mengikut tips yang dinyatakan di atas, InsyaAllah sakit belakang akan berkurangan. Kita juga akan mendapatkan kembali kekuatan dan daya tahan otot di bahagian belakang. Kesannya, penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah, natural, selesa dan tiada kesakitan. InsyaAllah.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

No comments:

Post a Comment