Wednesday 8 April 2015

Penyusuan Susu Ibu Bagi Wanita Yang Bekerja

Kembali Bekerja

Setelah sekian lama cuti bersalin, bagi penjawat awam cuti bersalin boleh dipilih sama ada 2 bulan atau 3 bulan, isu yang sering diperkatakan oleh ibu, kesukaran untuk menyusu bayi apabila kembali ke tempat kerja. Ada juga yang memilih untuk memberi susu kepada anak melalui botol (susu formula), namun perlu kita ingat, bekalan susu ibu lama-kelamaan akan kering oleh kerana tiada ransangan hisapan daripada bayi. Kejayaan menyusukan bayi sebaik kita kembali ke tempat kerja bergantung kepada keyakinan dengan sungguh-sungguh dengan membuat keputusan untuk memberi susu ibu sepenuhnya, dan juga bagaimana kita mengaturkan masa untuk membuat bekalan susu ibu kepada anak kita.

Menyusu dan Bekerja
Apabila menyusu sambil bekerja, ia memerlukan perancangan dan keazaman yang tinggi. Ingat, tuntutan bekerja akan berterusan walau apa jua keadaan kita pun. Jika kita sendiri tidak mahu memikul tanggungjawab menyusukan bayi, tiada siapa akan memikul tanggungjawab tersebut. Pertama sekali, jika boleh, sediakan masa sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum kembali ke tempat kerja untuk :
  • Memulihkan kesihatan dari segi fizikal dan mental selepas kelahiran bayi
  • Berlatih dalam memberikan susu perahan kepada bayi.
  • Menyediakan bekalan stok susu perahan untuk disediakan kepada pengguna/pengasuh anak. Ketahui bagaimana seorang ibu berkerjaya ini berjaya menambahkan stok susu badan dan akhirnya dia berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun.
         
  • Mahirkan diri dalam menyusu dan menyediakan susu perahan supaya ia menjadi rutin dan mudah diurus apabila bekerja. 
Jika kita sememangnya mahukan bayi kita menyusu ibu sahaja, cabarannya adalah persediaan untuk memerah susu ibu pada siang hari dalam suasana yang tenang. Pada waktu malam pula, tumpukan sepenuh masa untuk memberi susu ibu tanpa bergantung kepada susu perahan. Ini penting kerana ransangan hisapan daripada bayi boleh menghasilkan susu yang banyak berbanding dengan alat pengepam susu. Dengan adanya stok susu yang mencukupi, ibu berkerjaya tidak lagi risau dengan masalah menyusukan susu ibu kepada bayi.

Mengatasi Cabaran Penyusuan Ketika Bekerja
Sebagai seorang ibu bekerja yang menyusukan bayi, kita akan berdepan dengan cabaran berganda. Contohnya, bagaimana kita nak melaksanakan komitmen peribadi kita di samping mengekalkan imej profesional kerjaya. Walaupun ada perasaan simpati, majikan yang bersifat tegas akan mengharapkan kita menghasilkan output kerja yang banyak dan baik seperti sebelum ini atau cuba mengatur objektif yang perlu kita capai. Cuba hadapi tugas secara realistik :
  • Membuat persiapan lebih awal - Jangan menganggap semua orang akan bersetuju dengan apa yang kita rancangkan. Bincangkan perkara ini lebih awal, sebelum mengambil cuti bersalin lagi. Buat penilaian jadual kerja harian kita untuk mencari masa apabila kita mempunyai peluang untuk menyusu atau memerah susu. Jika kita perlu menyusukan atau memerah susu lebih daripada 2 kali sehari sepanjang waktu bekerja, mungkin kita boleh cadangkan waktu rehat tengah hari disingkatkan atau mungkin kita boleh datang kerja seawal yang mungkin atau pulang lewat sedikit bagi menggantikan masa bekerja yang kita gunakan untuk penyusuan.          
Majikan / ketua jabatan mungkin ada yang keberatan, jadi kita perlu memberi penekanan yang membawa kepada produktiviti yang bagus di tempat kerja : (1) bayi yang menyusu badan adalah lebih sihat berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula; oleh itu, kita tidak perlu berhadapan terpaksa mengambil cuti kecemasan disebabkan masalah kesihatan bayi, dan (2) ibu dapat bekerja produktif seperti sebelum ini oleh kerana tiada masalah kesihatan bayi.

Setelah mendapat kelulusan, buat penilaian jadual harian kerja untuk memilih masa yang terbaik supaya kita tidak mengalami tekanan dan keadaan tidak tergesa-gesa. Rancangkan masa untuk setengah jam atau mungkin lebih sedikit bagi memerah susu termasuk membersihkan alat-alat memerah susu. 
  • Berbincang dengan rakan sekerja -  Sentiasa berbincang dengan rakan sekerja bagi mengelakkan reaksi negatif daripada mereka. Jika mereka ada menunjukkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa memikul sebahagian daripada tanggungjawab kita, elakkan daripada mempertahankan diri supaya keadaan tidak menjadi tegang. Kesulitan yang dialami oleh mereka adalah sementara sahaja dan mereka mungkin lama-kelamaan akan memahami situasi kita. Cari rakan-rakan yang telah / sedang melalui pengalaman penyusuan susu ibu supaya menjadi sokongan kepada kita.
  • Menghantar bayi ke nurseri di tempat kerja (jika ada) atau berhampiran -  Jika ada nurseri di tempat kerja atau berhampiran, ini adalah peluang baik untuk kita melawat bayi pada waktu rehat tengah hari. Pada masa ini, boleh menyusu tanpa memberikan stok susu yang diperah.
Semoga entri ini memberi manfaat kepada ibu bekerjaya yang bercita-cita menyusu anak sehingga berusia 2 tahun.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

No comments:

Post a Comment