Saturday 12 September 2015

Lecithin dan Herb-Lax Membantu Menurunkan Berat Badan




Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya organik non-GMO yang mana setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Terdapat banyak manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi daripadanya seperti melindungi sel-sel dengan memudahkan  pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion yang terdapat di dalam dan luar sel-sel di samping mengekalkan struktur sel yang kuat untuk mengekalkan bentuknya.

Lecithin juga membantu dalam mempercepatkan pemecahan lemak dan juga meningkatkan metabolisme. Maka, ia adalah diet yang sihat untuk menurunkan berat badan. Apa yang paling penting, ia membantu menurunkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman badan kita. 

Herbl-Lax Shaklee pula merupakan produk unggul yang berfungsi untuk detox iaitu membuang toksin dan kotoran dalam usus kita. Ini untuk memudahkan penyerapan nutrien.  

Jika anda ingin membuat pesanan Set Bajet Slimming ini, sila hubungi saya seperti di bawah :

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Saturday 8 August 2015

Keperluan Vitamin B-Complex

Vitamin B-Complex adalah gabungan kesemua vitamin B yang membantu mengekalkan sistem saraf yang sihat. Ia juga membantu menukar makanan kepada tenaga yang kita perlukan; semestinya amat diperlukan kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan mencabar. Ia juga diperlukan kepada wanita yang merancang untuk hamil bagi mengekalkan tahap nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh badan.



Vitamin B tidak dapat disimpan dalam badan dan mudah termusnah akibat pengambilan kafein, alkohol, nikotin, gula. Oleh sebab itu, kita perlu memperolehi vitamin B daripada suplemen/vitamin untuk melengkapkan diet harian.

Kebaikan lain vitamin B adalah :-
  • Mengawal Tekanan/Stress
  • Membantu mengawal kemurungan
  • Baik untuk daya ingatan
  • Melegakan PMS
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
Vitamin B-Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Kesemua vitamin B ini adalah nutrien penting bagi semua perkara yang berkaitan dengan minda kita; contohnya mood, memori malah masalah migrain pun boleh dibantu.

Vitamin B juga membantu membakar lemak dan glukosa untuk tenaga, membantu menguruskan fungsi neurotransmitter (penyampai semulajadi otak yang mengawal mood dan emosi) serta membantu pengeluaran dan pembaikian DNA.

Ramai di kalangan kita kekurangan vitamin B khususnya asid folik, B12 dan B6. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu memastikan diet kita terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin B seperti sayur-sayuran hijau, protein daripada sumber haiwan dan bijirin penuh (whole grains).

Sekiranya tahap mood dan stress kita tinggi, atau jika kekurangan vitamin B yang rendah, kita sememangnya memerlukan suplemen.

Kebaikan 8 Jenis Vitamin B


Thiamine (B1)
Memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem saraf yang sihat dan membaiki fungsi kardiovaskular.

Riboflavin (B2)
Memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga. Ia membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada gula. Ia juga membantu dalam memproses asid amino dan lemak. Ia juga boleh berfungsi sebagai antioksidan yang melambatkan kadar penuaan.

Niacinamide (B3)
Vitamin B3, yang juga dikenali sebagai niacin, membebaskan tenaga ke dalam sel-sel badan dan ia juga digunakan untuk menurunkan tahap kolestrol yang tinggi.

Pyridoxine (B6)
Memainkan peranan penting dalam membantu merawat masalah yang berkaitan dengan jantung, kulit, kemurungan, keletihan, sistem saraf dan banyak lagi.

Asid Folik
Antara faedah asid folik termasuklah pencegahan penyakit jantung, kanser, strok, kecacatan kelahiran bayi yang dikandung. Ia juga membantu dalam membina otot, penambahbaikan sel, pembentukan hemoglobin dan mengurangkan gangguan mental dan emosi.

Cyanocobalamin (B12)
Kebaikan vitamin B12 termasuklah penambahbaikan sel, pembentukan DNA, mengurangkan kelesuan, mencegah penyakit Alzheimer, pencegahan anemia dan juga mencegah kanser payudara.   

Biotin
Meningkatkan metabolisme, penambahbaikan tisu, kulit yang sihat, penurunan berat badan, mengelakkan masalah jantung dan juga penyakit Parkinson. Ia juga membantu dalam mengekalkan gula dalam darah. 

Pantothenic acid
Mengurangkan asma, keguguran rambut, alahan, tekanan/stress, gangguan pernafasan dan masalah jantung. Ia juga membantu meningkatkan imun, mengurangkan osteoartritis dan tanda-tanda penuaan, meningkatkan daya tahan kepada pelbagai jenis jangkitan, meransang pertumbuhan fizikal, dan mengawal diabetes dan masalah kulit.  


Kenapa perlu memilih vitamin B-Complex Shaklee? 

  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap
  • Harga RM 53.75 untuk 120 tablet (1 botol ) = RM 0.45/1 tablet

B-Complex Shaklee menjadi pilihan di hati saya. Bagaimana dengan anda ?

Untuk menempah secara online melalui e-Sell, sila klik di bawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aafa7c874d0d45e91e3712364dd8e574


atau hubungi saya untuk maklumat lanjut dan membuat pesanan sekaligus mendapat konsultasi percuma daripada saya

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu). 


Monday 3 August 2015

Tips Tabung Menunaikan Haji

Dalam rukun Islam, menunaikan ibadah haji adalah rukun ke 5. Wajib menunaikan ibadah jika seseorang itu mampu terutama sekali mampu dari segi kewangan.

Dari sudut kewangan, mereka yang hendak menunaikan haji terbahagi kepada tiga kumpulan. 

1. Golongan mampu
Golongan ini memiliki duit simpanan untuk diri sendiri dan keluarganya pergi menunaikan haji. Bagi golongan ini, yang terbaik adalah segera menunaikan haji tanpa menangguhkannya.

2. Golongan mampu tapi duit simpanan belum cukup
Cara terbaik adalah memulakan tabung agar dapat menunaikan haji pada suatu masa nanti, InsyaAllah. Antara pilihan yang boleh dibuat adalah membuat potongan gaji bulanan dengan duit potongan tersebut disalurkan terus ke akaun Tabung Haji. Kebanyakan daripada kita membuat potongan gaji untuk membayar hutang seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang semasa belajar dulu dan sebagainya. Namun, jangan pula kita lupa membuat potongan untuk ibadah haji. Tempoh potongan ini bergantung kepada kadar tabungan yang bergantung kepada pendapatan masing-masing.

3. Golongan tidak mampu
Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan ini tidak diwajibkan menunaikan ibadah haji. Namun jangan pula berputus asa kerana siapa tahu, Allah Yang Maha Pemberi Rezeki lagi luas RahmatNya pada satu masa nanti akan melapangkan rezekinya sehingga dapat menunaikan haji.



Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan.
1. Letakkan sasaran tempoh masa.
2. Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
3. Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Contohnya :
Usia sekarang adalah 30 tahun dan bercadang untuk memulakan tabung haji.

1. Letakkan sasaran tempoh masa. 
Katakanlah sasaran umur untuk menunaikan ibadah haji adalah usia 40 tahun, maka ada tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan haji.

2. Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. 
Dalam masa 10 tahun, anggaran jumlah perbelanjaan haji yang diperlukan adalah RM 20,000. Jadi, sasaran simpanan yang diperlukan adalah RM 20,000.

3. Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama. 
Jumlah RM 20,000 dibahagikan dengan tempoh 10 tahun, maka
RM 20,000/10 tahun = RM 200 setahun
RM 200 setahun / 12 bulan = RM 166.66 atau RM 170.00 (selepas dibundarkan) sebulan

Jadi, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170.


Akhir sekali, jangan lupa bersabar dan berdoa semoga kita sampai juga di sana. Sekiranya kita membuat tabungan yang banyak sekalipun, jika Allah belum membuka rezeki kita untuk ke sana, maka kita perlu tenangkan hati dan banyakkan berdoa lagi. Peluang menunaikan haji patut kita rebut, paling tidak sekali seumur hidup kita. Semoga kita semua sempat menunaikan haji sebelum meninggalkan dunia ini. Amin.

Thursday 30 July 2015

Testimoni Vivix Shaklee



Vivix adalah minuman botanikal yang kaya dengan nutrisi Polyphenol hasil daripada revolusi yang menakjubkan.

Empat ramuan utama Vivix adalah Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberries Eropah dan juga Lobak Ungu. (sila klik untuk maklumat lanjut)

Kajian klinikal dan saintifik menyarankan pengambilan makanan yang kaya dengan tumbuhan Polyphenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi daripada radikal bebas, penuaan pramatang dan banyak lagi masalah kesihatan lain. 

Botol Vivix Shaklee adalah bersaiz kecil dan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Kepada mereka yang pernah jatuh sakit, mengalami badan yang cepat letih atau lesu tidak bermaya, mengalami masalah kulit yang agak teruk, selalu mengalami demam, mengalami sakit kronik boleh mencuba supplemen Vivix Shaklee yang istimewa ini.

Vivix Shaklee juga sesuai untuk mereka yang sihat dan mementingkan penjagaan kesihatan.

Secara ringkasnya, manfaat pengambilan Vivix adalah seperti berikut :-

  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Meningkatkan pertahanan badan
  • Mencantikkan kulit
  • Mencegah penuaan (klik untuk detail)
Vivix boleh dikatakan antara jus tonik penuaan yang mesti anda cuba. Apapun, semua yang baik ini datang dari Allah. Kalau Dia tidak izinkan kesan yang baik jika minum Vivix ini, tiada siapa pun boleh memberikan kuasa kepadaNya hatta 1 juta jurnal saintifik sekalipun. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan penolong kita. Syukur kita ditemukan dengan Vivix. Apa yang penting usaha dan ikhtiar, bukannya doa semata-mata.

Ok. Di sini saya kongsikan bersama testimoni mereka yang telah mencuba Vivix yang hebat ni.






Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk yang dinyatakan di atas, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma atau klik di bawah untuk terus membuat pembelian set ini.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8f466aec0f89b85f577ee74cc7297ef0


Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Tuesday 28 July 2015

Bagaimana Menurunkan Tekanan Darah Secara Natural?

Tekanan darah tinggi atau dalam istilah perubatan dikenali hypertension adalah salah satu penyakit yang paling berisiko membawa kepada kematian selain daripada penyakit jantung. Di Malaysia, hampir 1/3 daripada penduduk Malaysia mengidap penyakit ini berdasarkan daripada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam hal ini, penjagaan tekanan darah adalah satu perkara yang penting untuk kesihatan kita.

Cara Menurunkan Tekanan Darah Secara Natural


Di sini dicadangkan 3 cara menurunkan tekanan darah secara natural.

1. Diet

Diet merupakan salah satu faktor penting dalam mengawal paras tekanan darah kita. Berikut perkara yang perlu kita beri perhatian :-
  • Gula. Peningkatan penggunaan makanan bergula seperti minuman soda atau pun kuih yang manis berkait rapat dengan tekanan darah tinggi; mengurangkan penggunaan gula terbukti menurunkan tekanan darah. (Fakta Mengenai Gula
  • Potassium. Pengambilan makanan yang tinggi kalium berkait rapat dalam menurunkan tekanan darah. Kalium/potassium adalah mineral yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Kalium juga sangat penting untuk fungsi jantung, menjaga fungsi otot dan pencernaan yang normal. Antara makanan yang mengandungi kalium adalah daging, beberapa jenis ikan seperti salmon dan kod, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, buah kurma, susu dan semua produk tenusu. 
  • EPA dan DHA. Kajian menunjukkan DHA khususnya, amat berkesan untuk mengurangkan tekanan darah. Antara makanan yang mengandungi EPA dan DHA adalah telur, badam, ikan salmon, ikan tuna, minyak ikan omega, bayam, bunga kobis dan sebagainya. 
  • Magnesium. Pengambilan makanan yang tinggi magnesium membantu mengurangkan tekanan darah walaupun mungkin kesannya tidak kuat seperti potassium/kalium. Kekacang, sayur-sayuran seperti bayam, ikan, coklat, susu, labu adalah sumber makanan yang mengandungi magnesium. 

 

2. Gaya Hidup

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dari segi gaya hidup untuk menurunkan tekanan darah. Ini termasuk :-
  • Mengurangkan berat badan. Lemak badan yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Pengurangan berat badan boleh mengurangkan tekanan darah. 
  • Senaman. Senaman seperti berjalan kaki sekerap yang mungkin boleh mengurangkan tekanan darah.
  • Masa tidur yang cukup. Tempoh tidur yang tidak cukup berisiko mendapat tekanan darah tinggi. 
  • Cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya ultraungu melalui cahaya matahari akan meningkatkan pengeluaran bahan kimia dalam badan kita dipanggil nitrik oksida. Nitrik oksida membantu merehatkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan tekanan darah. 
  • Senaman pernafasan. Senaman pernafasan banyak terdapat dalam amalan tradisional seperti yoga, qi gong, tai chi dan sebagainya. Walaupun tempoh pernafasan secara dalaman yang singkat mengurangkan tekanan rendah secara sederhana, namun praktikal yang kerap boleh membawa kepada pengurangan tekanan darah untuk tempoh jangka panjang.

 

3. Supplemen

Terdapat beberapa makanan tambahan atau supplemen sangat berkesan dalam menurunkan tekanan darah. Berikut adalah senarai supplemen yang boleh diambil kira :-
  • CoQ10. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam melindungi jantung. Tahap CoQ10 akan menurun selaras dengan umur dan tahap yang lebih rendah kepada pesakit yang mengidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes (kencing manis). CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Supplemen ini boleh didapati pada CoQHealth Plus Shaklee yang mengandungi CoQ10, Vitamin E dan Ekstrak Green Tea dan semuanya sumber semulajadi dalam bentuk gel lembut. 
  • Bawang Putih. Ujian klinikal menunjukkan bahawa makanan tambahan bawang putih bertindak memberi kesan ke atas tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang boleh makan bawang putih secara mentah. Namun, dengan adanya Garlic Shaklee memudahkan menikmati kelebihan bawang putih ini. Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk mengekalkan bahan dalam bawang putih iaitu Allicin aktif. Ia juga tidak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti. Bawang putih yang dipilih ditanam secara organik di California, USA. 
  • Magnesium. Magnesium yang diambil dalam bentuk supplemen boleh mengurangkan tekanan darah. Saya mencadangkan Ostematrix Shaklee yang mengandungi kalsium dan magnesium. Selain mengurangkan tekanan darah, khasiatnya untuk menguatkan gigi dan tulang. 
  • Vitamin C. Vitamin C terbukti secara klinikal mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan arteri. Sustained Release Vita-C Shaklee mengandungi mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Tubuh badan manusia sememangnya tidak dapat menghasilkan Vitamin C, maka kita perlu mengamalkan sumber pemakanan vitamin C untuk tubuh kita. 
  • Omega Guard Shaklee Shaklee. Berperanan dalam merendahkan paras kolestrol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung. 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk yang dinyatakan di atas, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma atau klik di bawah untuk terus membuat pembelian set ini.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=381376c0b4781c5f03024f6f49d4e10a


Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Tuesday 21 July 2015

Bagaimana Cara Untuk Bersihkan Dapur (dan Kekal Bersih) 20 Minit Sehari Selama 30 hari

Gambar : Carian Google
Dapur adalah salah satu pusat utama rumah kita, dan ia juga tempat yang paling cepat kotor dibandingkan ruang rumah yang lain. Jika diabaikan pencucian asas dan kebersihan lantai, dapur boleh menjadi tidak terkawal kotornya dengan cepat. Lupakan dulu pembersihan maraton pada cuti hujung minggu;  kita sebenarnya boleh membersihkan dapur dalam masa 20 minit sehari.
Berikut adalah pelan 30 hari yang boleh dipraktikkan untuk membersihkan dapur dalam pengurusan masa yang sedikit dan tetap kekal bersih tanpa perlu kita berhempas pulas pada hujung minggu.

Tips Penting

1. Jika kita mempunyai anak-anak yang ramai,  libatkan mereka sekali untuk sama-sama membersihkan dapur. Cara ini melatih mereka untuk lebih bertanggungjawab dalam sama-sama membersihkan rumah.

2. Jika masa 20 minit tidak mencukupi, pecahkan tugas yang disenaraikan supaya kita boleh lakukan secara berasingan. Mungkin tambah 10 minit untuk rutin pagi dan 10 minit lagi selepas makan malam. Ini bergantung kepada kesesuaian masing-masing

3. Pinggan Mangkuk + Menyapu + Lap permukaan dapur/kabinet : Senarai yang dinyatakan di bawah ini adalah tidak termasuk cucian pinggan mangkuk, menyapu lantai, lap permukaan kerja dan kabinet dapur. Ini adalah kerja-kerja asas yang perlu dilakukan setiap hari bagi menjamin kekemasan dan kebersihan di dapur. Tapi, bagi peluang diri kita rehat juga ye. Jangan sampai penat sangat buat kerja kat dapur ni.

Jadual Kebersihan Dapur 30 Hari

Hari 1   : Lapkan semua peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater, toaster, coffee maker, blender dan sebagainya.
Hari 2   : Bersihkan bahagian dalam dan luar tong sampah.
Hari 3   : Kemaskan buku masakan, apron, kain lap tangan, kain buruk dan kain lap pinggan.
Hari 4   : Lapkan bekas-bekas yang berisi bahan dapur (tepung, gula, garam, serbuk kunyit dan sebagainya)
Hari 5   : Bersihkan peti sejuk. Lapkan rak peti sejuk dan bahagian dalam penyejuk beku.
Hari 6   : Lapkan bahagian pintu kabinet, hud dan sebagainya.
Hari 7   : Mop lantai.
Hari 8   : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 9   : Bersihkan bahagian dalam bekas utensil dan permukaan atas peti sejuk.
Hari 10 : Bersihkan permukaan dapur.
Hari 11 : Bersihkan sink dengan menggunakan baking soda.
Hari 12 : Lapkan tingkap
Hari 13 : Lapkan aksesori hiasan dan bingkai gambar
Hari 14 : Mop lantai.
Hari 15 : Lapkan peralatan dapur; besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 16 : Kemaskan barangan dalam tin, kotak dan bekas berisi stok dapur.
Hari 17 : Bersihkan alat pembersih. (span, tuala lap tangan dan sebagainya).
Hari 18 : Lapkan bahagian dalaman kabinet
Hari 19 : Lapkan dinding
Hari 20 : Lapkan bahagian pintu kabinet, hud dan sebagainya.
Hari 21 : Mop lantai
Hari 22 : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 23 : Susun periuk, kuali dan lain-lain peralatan yang kerap digunakan di bawah laci kabinet.
Hari 24 : Gosok dan sental singki dan lap paip.
Hari 25 : Bersihkan peti sejuk. Lapkan rak peti sejuk dan bahagian dalam penyejuk beku.
Hari 26 : Bersihkan bahagian dalaman microwave dan oven.
Hari 27 : Bersihkan papan pemotong dengan menggunakan lemon/limau nipis dan garam.
Hari 28 : Mop lantai
Hari 29 : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 30 : Lapkan lampu, plat suis

Kerja-kerja yang disenaraikan di atas boleh dilakukan semasa menghidangkan makanan atau semasa mengelap permukaan meja dan kabinet atau pun semasa menunggu ikan digoreng masak.

So, dah sedia untuk pembersihan dapur selama 30 hari? Sejak saya mempraktikkan kaedah ini, dah tak sakit mata lagi tengok dapur bersepah dan kotor lagi. Selamat mencuba!

Wednesday 6 May 2015

Collagen Powder Untuk Masalah Kulit, Nutriferon Untuk Sihat Sentiasa

Teruja apabila dapat tahu pengumuman ini daripada pihak Shaklee. Shaklee Collagen Powder dan Nutriferon kini telah berada di pasaran. Kedua-duanya produk eksklusif dan ada keistimewannya tersendiri. 
Kedua-dua produk ini telah pun saya amalkan dan Alhamdulillah ia membawa kesan positif.


Saya mula amalkan Shaklee Collagen Powder semasa promosi Disember 2014. Ambil peluang pada masa itu. Saya tidak pernah pun mencuba kolagen sebelum saya mengenali Shaklee. Mana-mana jenama sekalipun. Pada masa itu, saya menganggap mereka yang mengamalkan kolagen hanya untuk kelihatan cantik semata-mata. 

Walhal saya tau, saya mengalami masalah kulit kering dan kuku juga tidak cantik. Pada bulan promosi Shaklee Disember 2014, saya mengambil peluang secukupnya untuk cuba Collagen Powder Shaklee. Niatnya hanya untuk mencuba sahaja. Namun, belum habis lagi satu kotak, saya mula merasakan kulit tidak lagi kering. Husband juga tegur kulit nampak cantik dan licin. Tak nampak kering macam dulu. Kuku juga nampak cantik. Alhamdulillah, hasilnya amat positif. 

Saya juga nak share berkenaan anak sulung saya yang sejak dari dulu lagi mengalami tonsilitis atau pun tonsil bengkak. Ini ada kaitan dengan pengambilan Nutriferon Shaklee. Saya sebenarnya terlalu risau dengan keadaan anak saya jika dia mengadu demam dan pening serta rasa nak muntah. Ini adalah antara simptom tonsilitis.Alhamdulillah, setelah mengamalkan Nutriferon Shaklee, sudah setahun dia tidak mengalami tonsilitis. 
Jadi, saya mula mengambil inisiatif untuk menyimpan stok Nutriferon Shaklee di rumah. Sekiranya ahli keluarga demam, boleh diamalkan Nutriferon kerana ianya semulajadi sebagai langkah mengelakkan pengambilan antibiotik dan panadol/paracetamol. Tidak perlu diminum hari-hari, tapi boleh diamalkan sekiranya memerlukan. 

Siapa lagi yang memerlukan Nutriferon Shaklee ?
  • Mereka yang ingin meningkatkan sistem imunisasi
  • Mereka yang sering mengalami masalah kesihatan seperti demam
  • Mereka yang mendapati pengambilan vitamin C dalam dos yang berlebihan tidak memberi kesan kepada kesihatan
  • Ibu menyusu, namun anaknya sering demam dan berpanjangan

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi yang tepat, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian melalui saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Wednesday 8 April 2015

Penyusuan Susu Ibu Bagi Wanita Yang Bekerja

Kembali Bekerja

Setelah sekian lama cuti bersalin, bagi penjawat awam cuti bersalin boleh dipilih sama ada 2 bulan atau 3 bulan, isu yang sering diperkatakan oleh ibu, kesukaran untuk menyusu bayi apabila kembali ke tempat kerja. Ada juga yang memilih untuk memberi susu kepada anak melalui botol (susu formula), namun perlu kita ingat, bekalan susu ibu lama-kelamaan akan kering oleh kerana tiada ransangan hisapan daripada bayi. Kejayaan menyusukan bayi sebaik kita kembali ke tempat kerja bergantung kepada keyakinan dengan sungguh-sungguh dengan membuat keputusan untuk memberi susu ibu sepenuhnya, dan juga bagaimana kita mengaturkan masa untuk membuat bekalan susu ibu kepada anak kita.

Menyusu dan Bekerja
Apabila menyusu sambil bekerja, ia memerlukan perancangan dan keazaman yang tinggi. Ingat, tuntutan bekerja akan berterusan walau apa jua keadaan kita pun. Jika kita sendiri tidak mahu memikul tanggungjawab menyusukan bayi, tiada siapa akan memikul tanggungjawab tersebut. Pertama sekali, jika boleh, sediakan masa sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum kembali ke tempat kerja untuk :
  • Memulihkan kesihatan dari segi fizikal dan mental selepas kelahiran bayi
  • Berlatih dalam memberikan susu perahan kepada bayi.
  • Menyediakan bekalan stok susu perahan untuk disediakan kepada pengguna/pengasuh anak. Ketahui bagaimana seorang ibu berkerjaya ini berjaya menambahkan stok susu badan dan akhirnya dia berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun.
         
  • Mahirkan diri dalam menyusu dan menyediakan susu perahan supaya ia menjadi rutin dan mudah diurus apabila bekerja. 
Jika kita sememangnya mahukan bayi kita menyusu ibu sahaja, cabarannya adalah persediaan untuk memerah susu ibu pada siang hari dalam suasana yang tenang. Pada waktu malam pula, tumpukan sepenuh masa untuk memberi susu ibu tanpa bergantung kepada susu perahan. Ini penting kerana ransangan hisapan daripada bayi boleh menghasilkan susu yang banyak berbanding dengan alat pengepam susu. Dengan adanya stok susu yang mencukupi, ibu berkerjaya tidak lagi risau dengan masalah menyusukan susu ibu kepada bayi.

Mengatasi Cabaran Penyusuan Ketika Bekerja
Sebagai seorang ibu bekerja yang menyusukan bayi, kita akan berdepan dengan cabaran berganda. Contohnya, bagaimana kita nak melaksanakan komitmen peribadi kita di samping mengekalkan imej profesional kerjaya. Walaupun ada perasaan simpati, majikan yang bersifat tegas akan mengharapkan kita menghasilkan output kerja yang banyak dan baik seperti sebelum ini atau cuba mengatur objektif yang perlu kita capai. Cuba hadapi tugas secara realistik :
  • Membuat persiapan lebih awal - Jangan menganggap semua orang akan bersetuju dengan apa yang kita rancangkan. Bincangkan perkara ini lebih awal, sebelum mengambil cuti bersalin lagi. Buat penilaian jadual kerja harian kita untuk mencari masa apabila kita mempunyai peluang untuk menyusu atau memerah susu. Jika kita perlu menyusukan atau memerah susu lebih daripada 2 kali sehari sepanjang waktu bekerja, mungkin kita boleh cadangkan waktu rehat tengah hari disingkatkan atau mungkin kita boleh datang kerja seawal yang mungkin atau pulang lewat sedikit bagi menggantikan masa bekerja yang kita gunakan untuk penyusuan.          
Majikan / ketua jabatan mungkin ada yang keberatan, jadi kita perlu memberi penekanan yang membawa kepada produktiviti yang bagus di tempat kerja : (1) bayi yang menyusu badan adalah lebih sihat berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula; oleh itu, kita tidak perlu berhadapan terpaksa mengambil cuti kecemasan disebabkan masalah kesihatan bayi, dan (2) ibu dapat bekerja produktif seperti sebelum ini oleh kerana tiada masalah kesihatan bayi.

Setelah mendapat kelulusan, buat penilaian jadual harian kerja untuk memilih masa yang terbaik supaya kita tidak mengalami tekanan dan keadaan tidak tergesa-gesa. Rancangkan masa untuk setengah jam atau mungkin lebih sedikit bagi memerah susu termasuk membersihkan alat-alat memerah susu. 
  • Berbincang dengan rakan sekerja -  Sentiasa berbincang dengan rakan sekerja bagi mengelakkan reaksi negatif daripada mereka. Jika mereka ada menunjukkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa memikul sebahagian daripada tanggungjawab kita, elakkan daripada mempertahankan diri supaya keadaan tidak menjadi tegang. Kesulitan yang dialami oleh mereka adalah sementara sahaja dan mereka mungkin lama-kelamaan akan memahami situasi kita. Cari rakan-rakan yang telah / sedang melalui pengalaman penyusuan susu ibu supaya menjadi sokongan kepada kita.
  • Menghantar bayi ke nurseri di tempat kerja (jika ada) atau berhampiran -  Jika ada nurseri di tempat kerja atau berhampiran, ini adalah peluang baik untuk kita melawat bayi pada waktu rehat tengah hari. Pada masa ini, boleh menyusu tanpa memberikan stok susu yang diperah.
Semoga entri ini memberi manfaat kepada ibu bekerjaya yang bercita-cita menyusu anak sehingga berusia 2 tahun.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Sunday 29 March 2015

Sakit Belakang Ketika Menyusu : 6 Tips Untuk Melegakannya

Sakit belakang semasa menyusu adalah perkara biasa bagi ibu menyusu dan boleh dirumuskan disebabkan oleh teknik postur semasa menyusu dalam keadaan yang tidak betul. Stress atau tekanan juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketegangan bertambah.

Pengalaman saya apabila menyusukan anak kali pertama, sehingga beberapa minggu saya menyusu, saya mula berasa sakit belakang. Berikut adalah beberapa tips yang membantu mengurangkan sakit belakang yang saya perolehi melalui pembacaan artikel dan majalah serta nasihat daripada jururawat hospital dan klinik.

Postur Salah Semasa Menyusu


Postur yang salah semasa menyusu adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan sakit belakang. Apabila kita membongkok semasa kita meriba bayi, ia akan menyebabkan ketegangan kepada tulang belakang, walaupun kita bersandar semasa menyusu bayi, sehingga kita mula merasakan kesakitan di bahagian belakang.

Jadi, cuba pastikan tidak membongkok semasa meriba dan menyusu bayi. Gunakan bantal untuk menyokong berat badan bayi semasa menyusu.


Jika mula merasakan kesakitan di belakang ketika menyusu, cuba menyusu pada posisi yang berbeza. Posisi tidur mengiring adalah sangat sesuai untuk bahagian belakang kerana bayi disokong oleh sofa atau katil di mana kita membaringkan bayi bersama kita. Letakkan bantal di belakang kita dan juga di belakang bayi untuk memberi keselesaan semasa menyusu.


Cari kerusi yang selesa untuk membolehkan kita berehat semasa dalam tempoh penyusuan. Ambil masa untuk mendapatkan keselesaan sebelum memberi bayi kita menghisap susu kerana kita akan mengambil banyak masa semasa menyusukan bayi terutama pada awal minggu kelahiran.

6 Cara Melegakan Kesakitan Semasa Menyusu


1. Keperluan nutrien yang mencukupi amat penting bagi ibu-ibu menyusu. Pengambilan kalsium harian yang disyorkan bagi ibu-ibu menyusu adalah 1 300 mg sehari. Adalah digalakkan membaca label pemakanan bagi memastikan kita mendapat kalsium secukupnya. Sebagai contoh, 1 cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium. Antara sumber terbaik kalsium adalah susu, keju, yogurt dan sebagainya. Video ini menunjukkan bagaimana ibu ini melegakan kesakitan sakit belakang dalam tempoh penyusuan bayi.




2. Gunakan heating pad/pad pemanasan di bahagian sakit belakang, bahu atau leher. Ini akan membantu akan mengendurkan otot dan diharapkan dapat mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. Haba sangat bagus untuk melegakan kesakitan.

3. Cuba menyusu dalam posisi/kedudukan yang berbeza. Jika belakang, bahu atau leher mula berasa sakit semasa menyusu, cuba ubahkan kedudukan penyusuan. Cuba dalam posisi yang berbeza agar bahagian belakang tidak berasa tertekan semasa menyusu. Boleh cuba menyusu dalam keadaan berbaring dan letakkan bantal di belakang kita untuk keselesaan di bahagian belakang.

4. Mengurut. Mengurut di bahagian belakang membantu melegakan otot yang tegang dan ini menjadikan kita lebih relaks.

5. Lakukan senaman regangan yang melibatkan abdomen dan bahagian belakang. Senaman regangan yang ringan boleh membantu mengurangkan sakit belakang.

6. Berehat dan cuba kurangkan stress. Stress boleh menyebabkan ketegangan berlebihan dalam otot dan ini menyebabkan sakit bahu, leher dan juga belakang. Jika berasa sangat tertekan atau stress, cuba ambil sedikit masa lakukan apa sahaja perkara yang boleh bagi kita relaks untuk mendapatkan ketenangan. Contohnya:-
  • Mandi air suam/panas.
  • Tetapkan satu masa untuk mengurut. 
  • Tidur apabila ada peluang. 
  • Fokus untuk relaks setiap kali memberi penyusuan kepada bayi. Tutup mata dan lakukan senaman pernafasan relaks. 
Selalunya, kesakitan di bahagian belakang semasa menyusu adalah disebabkan oleh postur yang salah dan juga keadaan atau kedudukan kita semasa menyusu. Jika kita boleh mengikut tips yang dinyatakan di atas, InsyaAllah sakit belakang akan berkurangan. Kita juga akan mendapatkan kembali kekuatan dan daya tahan otot di bahagian belakang. Kesannya, penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah, natural, selesa dan tiada kesakitan. InsyaAllah.

Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

Sunday 22 March 2015

Mencapai Impian dan Matlamat Agar Menjadi Realiti


Ada tak antara kita yang mempunyai impian dan matlamat?

Of course ada kan, tapi macam mana cara kita nak jadikannya realiti?

Selalunya, impian dan matlamat akan kekal angan-angan semata-mata melainkan jika kita melakukan sesuatu untuk menjadikannya realiti.

Bagi mencapai impian dan matlamat yang diidam-idamkan, ianya bergantung kepada beberapa faktor:-
  1. Kita perlu tetapkan matlamat yang spesifik dan jelas.
  2. Kita perlu memastikan bahawa kita sememangnya serius ingin mencapai matlamat tersebut.
  3. Kita perlu mewujudkan gambaran yang jelas dalam minda kita tentang matlamat kita.
  4. Kita perlukan keinginan yang kuat.
  5. Kita perlu abaikan dan fikirkan tentang kegagalan
  6. Kita perlu tunjukkan keyakinan dan kepercayaan serta bersabar sehingga kita mencapainya.
Berapa ramai yang memenuhi syarat-syarat di atas? Sikit sangat! Kebanyakan orang tidak tahu ada peraturan yang menentukan kejayaan yang perlu kita ikuti.

Mudah untuk kita angan-angankan dan kita pun fikir "Angan-angan je. Tak akan jadi realiti/kenyataan". Sangat mudah untuk kita putus-asa dan hilang keyakinan serta motivasi apabila kita berdepan dengan halangan-halangan.

Kita boleh mencapai impian dan matlamat dengan menggunakan mental kita.

Mencapai matlamat tidak seharusnya kita mengalami pengalaman yang pahit dan sukar. Malah, ia boleh menjadi satu keseronokan jika kita melaluinya dengan cara yang betul. Ia bukannya melalui usaha keras fizikal yang membawa kepada kejayaan. Kejayaan tidak memerlukan usaha keras yang berat. Hakikatnya, kita memerlukan usaha mental.

Apa usaha mental tersebut? Dengan cara bayangkan dan cakap kat diri kita sendiri apa impian kita.
Gambarkan dan sentiasa menyatakan impian kita adalah usaha mental kita, dan ia adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Apabila kita menggambarkan dan kita menyatakan kepada diri sendiri, kita memberi tumpuan dan menyalurkan tenaga kita ke arah matlamat yang hendak kita capai. Fikiran kita akan menjurus ke arah mencari penyelesaian untuk membawa matlamat kita menjadi suatu realiti.

Dengan berfikir secara positif kepada matlamat kita, dan tidak membiarkan apa-apa keraguan dan perkara negatif dimasukkan ke dalam fikiran kita, gerak hati kita mula bekerja, kita menghargai peluang, dan kita akan mempunyai tenaga untuk menuruti matlamat dan impian kita.

Tumpuan, niat dan tenaga yang kita salurkan ke arah apa yang kita gambarkan dan yang kita cakapkan akan meningkatkan azam, tumpuan, kesungguhan dan disiplin diri.

Salah satu kelebihan apabila kita gambarkan dan kita sering nyatakan adalah kita boleh gunakannya di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa atau tempat, tanpa perlukan apa-apa kehendak luar. Semua yang kita perlukan adalah minda kita. 
    Kejayaan dapat dicapai melalui kerja, kesungguhan, cita-cita dan gambaran kita. Proses ini akan mengambil masa, singkat atau lebih lama bergantung kepada matlamat. Walau bagaimanapun, kadang kala kejayaan mungkin muncul dengan cara yang magic dan tidak disangka-sangka. Kadang-kadang peluang telah muncul dan pintu terbuka tetapi kita perlu masuk dan ambil peluang tersebut.

    Setiap orang ada matlamat besar dan ada matlamat kecil. Hanya gambaran dan kata yang diucapkan sahaja menjadikan matlamat kita lebih mudah dan cepat untuk dicapai.

    Adakah kita hanya berfikir impian besar sahaja boleh dijadikan matlamat? Sebagai contoh :
    • Menjadi kaya-raya
    • Membeli kereta mahal.
    • Membeli sebuah rumah banglo dilengkapi dengan kolam renang
    • Membina perniagaan yang sangat berjaya

    Hakikatnya adalah, perkara berikut juga boleh dijadikan matlamat penting :
    • Bangun awal pagi sebelum Subuh. Paling baik dapat menunaikan solat tahajjud dan solat witir sekali.
    • Sampai awal di tempat kerja.
    • Menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
    • Membaca buku.
    • Pergi bercuti bersama isteri/suami dan anak-anak.
    • Mengawal tabiat pemakanan.
    • Melakukan senaman

    Kita Boleh Mencapai Impian dan Matlamat

    • Bagaimana kita gambarkan dan nyatakan?
    • Adakah terdapat mana-mana kaedah dan panduan ?
    • Ya. Ada!
    Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, kita juga perlu ada bakat untuk berjaya. Biasanya kita akan terdetik rasa jeles tengok orang lain yang berjaya dan mulalah terdetik dalam fikiran kita "kenapa lah aku tak macam dia".  Sebenarnya, nak jadi orang yang sangat berbakat ni tidak lah sukar. Hanya perlu buat 3 perkara yang disebutkan dalam video ini sahaja.





    Semoga kita semua mencapai matlamat yang kita impi-impikan. InsyaAllah.

    Monday 16 March 2015

    12 Jenis Buah Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

    Tau tak ada jenis buah-buahan tertentu yang membantu kita menurunkan berat badan? Kebanyakan orang menganggap semua buah sama sahaja dari segi kesihatan. Tetapi ada juga buah yang lebih tinggi seratnya, pembakar lemak semulajadi yang boleh membantu meningkatkan metabolisme kita. Buah-buahan ini mempunyai kandungan gula yang rendah daripada yang lain. Jadi, tidak semua buah-buahan dicipta sama dalam nilai pemakanan. Buah-buahan ini boleh membantu kita mengurangkan berat badan dan mempunyai lebih banyak tenaga.

    1. Epal


    Tau tak epal adalah salah satu buah terbaik untuk membantu kita mengurangkan berat badan? Epal mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Epal juga mengandungi vitamin dan mineral selain dari serat. Kesemua kandungan ini membantu kita menurunkan berat. Nak langsingkan badan, makan epal hari-hari!




    2. Pear



    Buah pear juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi membantu kita cepat berasa kenyang. Ia juga mempunyai kolestrol yang rendah dan baik untuk jantung kerana mempunyai kandungan potassium.





     3. Pisang

    Saya paling suka buah pisang. Rasanya sedap sangat. Pisang paling tinggi serat dan potassium yang boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Pisang juga satu-satunya buah yang mempunyai kandungan vitamin B6. Vitamin B6 membantu meningkatkan sistem imun kita dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.




    4. Blueberi

    Blueberi adalah buah yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi. Blueberi boleh memerangi faktor-faktor yang menyebabkan sindrom metabolik. Sindrom metabolik adalah keadaan di mana adanya diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.





    5. Strawberri

    Strawberi; buah yang paling memberi kesan pengurangan berat badan kerana buah strawberi menggalakkan pengeluaran hormon adiponectin dan leptin, kedua-duanya pembakaran lemak dan hormon peningkat metabolisme. Ia memberi kesan kadar metabolisme yang lebih tinggi apabila dimakan bersama diet yang sihat dan seimbang. Pastikan kita juga lakukan senaman. Strawberi juga mempunyai enzim anti-radang yang membantu menyembuhkan kecederaan dalaman atau kerosakan tisu. Dapatkan strawberi untuk memperbaiki kesihatan dan meningkatkan metabolisme.

    6. Kiwi

    Buah kiwi, rasanya 2 dalam 1, manis dan masam. Tau tak buah kiwi juga memberi kesan mengurangkan berat badan kerana ia benar-benar penuh dengan serat? Dan mungkin antara kita tertanya-tanya apa benda biji-biji hitam tu? Kesemua biji-biji hitam ni baik untuk serat larut yang membantu pencernaan. Selain serat larut, ia juga menggalakkan rasa kenyang, sesuai bg mereka yang ingin menurunkan berat badan.






    7. Buah Pic

    Buah pic adalah sesuai untuk diet rendah kalori. Ia mengandungi jumlah serat yang tinggi, kalium dan ia penuh dengan vitamin. Ada kajian menunjukkan pic adalah sumber antioksidan yang baik. Jadi, yakinlah buah pic boleh mengepam keluar lemak-lemak yang ada dalam badan dan kita boleh mendapatkan badan tip top!






    8. Kelapa

    Isi kelapa muda sangat manis dan rasanya sedap dimakan pada hari panas. Banyak kegunaan daripada buah kelapa contohnya sebagai minuman, minyak kelapa dan juga santan. Ia mengandungi rantaian trigliserida yang meningkatkan kadar metabolisme sehingga 30 peratus, jadi ia membantu kita mengurangkan berat badan. Walaupun ramai orang mengelakkan makan kelapa disebabkan kelapa tinggi lemak tepu, tetapi lemak tepu yang terdapat dalam kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang kita elakkan. Sebagai contoh, minyak kelapa adalah lemak yang terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana dan tidak disimpan dalam badan kita sebagai lemak!

    9. Delima

    Polifenol antioksidan yang terdapat dalam buah delima boleh meningkatkan metabolisme badan. Di samping itu, buah ini juga boleh mengurangkan selera makan kita. Maknanya, buah ini boleh mengurangkan berat badan kita. Delima juga mengurangkan kolestrol LDL, membuang toksin berbahaya dan meningkatkan aliran darah dalam badan.



    10. Oren

    Buah oren adalah penggalak metabolisme yang kaya dengan vitamin C, thiamin dan folate. Walau bagaimanapun, jangan silap menggantikan jus oren dengan oren sebenar sebab kandungan nilai pemakanannya tidak sama. Oren mengandungi kalori yang kurang dan ia kaya dengan serat yang tidak terdapat dalam bentuk jus. Percaya atau tidak; 1 cawan oren mengandungi hanya 85 kalori dan 5 gm serat pemakanan. Kita akan mendapat banyak manfaat daripada buah ini.


    11. Mangga

    Walaupun mangga mengandungi gula yang sedikit berbanding buah-buahan lain, namun ia amat baik untuk kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Ia mengandungi kira-kira 130 kalori, 3 gm serat, vitamin C, vitamin A dan kalsium. Jadi, buah ini juga amat sesuai dalam usaha untuk merampingkan badan.







    12. Betik

    Betik buah yang manis, sedap, isinya lembut dan baik untuk kesihatan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan kerana betik mengandungi enzim semulajadi yang menggalakkan pemindahan makanan melalui badan kita. Di samping itu, ia kaya dengan nutrien antioksidan seperti karotin, vitamin C dan flavonoid.




    Bagaimana nak makan semua buah-buah ini untuk membantu mengurangkan berat badan? Boleh gabungkan sedikit dari setiap buah-buahan ini dan dijadikan salad. Selamat mencuba!

    Sunday 8 March 2015

    Bangkit Untuk Berfikiran Positif

    Assalamulaikum dan selamat pagi!

    Mulakan hari baru.

    Buka minda kita dan bersedia menghadapi untuk apa sahaja hari ini.

    Jam pertama dan seterusnya selepas kita bangun tetapkan matlamat apa yang kita nak buat hari ini. Dan oleh kerana hari ini kita nak mulakan hari yang positif, kita nak buat semula apa yang telah kita tangguhkan dan tinggalkan atau yang kita tak sempat nak lakukan.

    Mudah sahaja!

    Kita bangkit dengan mulakan hari dengan memikirkan perkara yang positif dengan cara muhasabah diri kita. Saya suka dengar tips dari kakak ni cara muhasabah diri dengan betul.




    Buat Perancangan Untuk Hari Ini


    Apabila kita bangun waktu pagi, fikirkan (kalau saya, saya bagi masa setengah jam selepas bangun dari tidur) dan tetapkan apa yang kita nak buat hari ini.

    Contohnya :

                      Hari ini saya mahukan ketenangan.
                      Hari ini macam mana sekalipun saya nak buat solat sunat rawatib.
                      Hari ini saya nak siapkan tugasan sebab esok saya nak buat tugasan lain.

    Adalah sangat penting untuk gunakan ayat "hari ini" kerana ayat ini boleh membuatkan kita bertambah yakin dengan apa yang kita nak buat pada hari ini.

    Ingat apa yang kita rancangkan dalam fikiran kita tadi sepanjang hari agar fikiran positif kita sentiasa tertanam dalam minda kita.


    Jadikan Setiap Hari Adalah Hari Penting


    Kita boleh capai pemikiran positif dengan memilih untuk melakukan sesuatu yang membawa kita lebih dekat dengan matlamat kita.

    Kita boleh pilih untuk mengambil satu langkah ke hadapan bagi matlamat kita, contohnya kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan rumah kita dalam masa 2 tahun lagi atau kita tetapkan setiap minggu kita akan sedekahkan RM 50 di masjid pada hari Jumaat.

    Ini menjadikan diri kita lebih yakin dan kita akan gembira untuk diri kita sendiri sebab kita dah fikirkan secara positif apa matlamat kita pada hari tersebut atau sepanjang hayat kita.


    Tips-tips di atas boleh kita gunakan untuk mencapai fikiran positif setiap hari.

    Sesuaikan dengan keupayaan kita contohnya dari segi situasi atau keadaan kita, dan kita akan dapat rasakan kita boleh mengendalikan hidup kita dengan lebih mudah ke arah yang lebih bermakna dan diredhai Allah.

    Wednesday 4 March 2015

    Denggi - Bagaimana Cara Menghadapinya?

    Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh nyamuk yang membawa virus denggi. Simptomnya adalah terdiri daripada demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi dan ruam-ruam di kulit yang menyerupai demam campak. Sebahagian kecil daripada kes penyakit ini ada yang berkembang menjadi demam denggi berdarah yang mengancam nyawa. Ia mengakibatkan pendarahan di mana tahap platlet darahnya amat rendah. 

    Apa yang perlu kita buat kalau kita dah terkena denggi? Entri kali ini saya nak share bagaimana produk Shaklee membantu pesakit denggi. Apa yang lebih penting bagaimana kita nak elak? Kita tengok video ni dulu dan dengar penjelasan daripada Pn Sarah; pakar nutritionist Shaklee. 

     

    Sedikit rumusan daripada video di atas.

    1. Pastikan banyak minum air masak. Boleh cuba Performance Drink Shaklee untuk mengurangkan dehidrasi. Secara klinikal, ia adalah minuman istonik yang kurang gula dan tiada kandungan karbonat.

    2. Jus buah-buahan : Pengambilan makanan bersumberkan vitamin C untuk pesakit denggi adalah satu kemestian. Vitamin C adalah nutrien yang paling penting untuk sistem imun dan penting untuk pembentukan hormon adrenalin. Ia juga mempunyai kesan dalam menghalang bakteria dan virus. Shaklee ada produk berasaskan vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C.

    3. Nutriferon berperanan menghasilkan antibodi semulajadi bagi melawan virus denggi. Pengambilan Nutriferon boleh meningkatkan tahap imunisasi badan.

    4. Makanan yang kaya dengan protein : Makanan bagi pesakit denggi hendaklah kaya dengan protein seperti daripada produk tenusu contohnya telur. Pesakit denggi dinasihatkan mengambil makanan yg bersumberkan protein bagi melawan virus ini. ESP Shaklee adalah sumber protein yang amat baik bagi membantu menjana sel darah baru di samping meningkatkan tahap platlet darah.


    Produk-produk Shaklee yang dinyatakan di atas bukan sahaja membantu pesakit denggi malah boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus denggi degil. Jadi, tunggu apa lagi. Boleh dapatkan produk ini daripada saya dengan klik order di bawah ini.

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f8c30bf603f34e4c0ac832403b25590

    atau hubungi saya
    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

    Monday 2 March 2015

    Cara Bijak Atasi Masalah Senggugut Dasyat

    Ada sesetengah wanita mengalami masalah senggugut atau period pain. Mereka seharusnya perlu berikhtiar dan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Sebabnya masalah senggugut ini boleh menjadi masalah yang besar, bukan kepada pesakit itu sahaja malah kepada sesiapa yang berada berhampiran dengan mereka ketika itu. Suami tengok pun tak boleh nak buat apa. Nak tolong, tak tau nak tolong macam mana. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau

    Mari kita dengar pengalaman sakit senggugut ni daripada Puan Maria Awi.




    Ini adalah antara supplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah senggugut

    Ostematrix (Kalsium)
    Kalsium boleh membantu mengurangkan kekejangan otot semasa haid. Satu kajian menunjukkan wanita yang mengambil kalsium setiap hari mengurangkan gejala senggugut atau PMS termasuk sakit kepala, perasaan tidak menentu (moody), nafsu makan dan perut kembung.

    B-Complex
    Vitamin B-Complex memainkan peranan dalam membantu gejala PMS. Vitamin B boleh menghilangkan rasa sakit senggugut dan mengawal tempoh haid yang tidak teratur.


    Selain daripada cara di atas, boleh juga mengambil halia. Halia boleh mengurangkan gejala selsema, sakit kepala, dan sakit haid. Caranya, hiris nipis-nipis halia dan tuangkan air suam / panas. Seterusnya minum untuk melegakan kekejangan haid atau senggugut. 

    Selain itu, boleh juga dengan cara meletakkan botol yang berisi air panas ke abdomen dan belakang abdomen untuk melegakan kesakitan. Kalau tiada botol, boleh juga gunakan tuala panas. 



    Minum air kosong yang mencukupi. Kedengarannya agak janggal tetapi dengan meminum air yang mencukupi boleh mengekalkan simpanan air dalam badan dan membantu mengelakkan kembung dan pedih semasa haid. Minum air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk untuk meningkatkan penghidratan. 

    Klik di bawah untuk terus membuat pembelian set ini. 


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d53747ccb7ee68461cdce44eca7eca9b
    atau hubungi saya

    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).

    Tips Cergas Puasa Semasa Hamil Pada Bulan Ramadhan

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 183).

    Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Mana-mana yang belum habis ganti, langsaikan cepat-cepat. Alhamdulillah, saya dah langsaikan bulan Syawal lagi selepas puasa Sunat Syawal. Since dari kecil lagi, saya suka gantikan cepat-cepat. Tak suka tangguh-tangguh hutang puasa ni. At least, tak adalah yang tertinggal ganti ke kan..

    Entri kali ni saya nak share berkenaan ibu hamil yang tetap cergas seperti biasa even berpuasa straight 30 hari pada bulan Ramadhan. Jom kita tengok video kat bawah ni dulu.





    Apa kebaikan daripada supplemen yang diamalkan oleh ibu hamil ini?

    ESP (Energizing Soy Protein)
    ESP membekalkan sumber protein kepada tubuh kita.  Amat penting untuk ibu hamil mendapatkan protein yang cukup sepanjang kehamilan terutama semasa trimester kedua dan ketiga yang mana pada masa ini bayi berkembang dengan cepat dan memerlukan nutrien yang cukup daripada ibunya. Tubuh manusia tidak menyimpan protein, jadi ia mesti dibekalkan setiap hari daripada makanan yang kita ambil.

    Apabila kita tidak cukup protein, badan kita akan berasa lemah, lesu, tidak bermaya dan akhirnya menggeletar. ESP membekalkan tenaga dan sangat sesuai untuk ibu hamil semasa berpuasa.

    Ostematrix (Sumber Kalsium) 
    Kalsium adalah zat yang amat penting untuk ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran apabila tiba melahirkan anak. Apa yang merisaukan, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

    Kalsium penting untuk menguatkan tulang khususnya bagi ibu-ibu hamil bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Kalsium juga penting untuk merehatkan otot ketika berlakunya kontraksi. Kalsium yang dimiliki oleh ibu akan diserap oleh bayi ketika membesar dalam proses pembentukan tulang. Kesannya, ibu akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

    Jadi, ibu hamil perlu menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi yang boleh menyebabkan ibu hamil kehilangan gigi pada usia yang lebih muda dan berisiko tinggi mengidap osteoporosis.

    Vita-lea (Multivitamin)
    Sekiranya ibu hamil mengamalkan diet yang sihat dan seimbang yang merangkumi pelbagai kumpulan makanan dan memenuhi saranan nutrien, ibu-ibu tidak perlukan suplemen multivitamin tambahan sepanjang kehamilan.

    Namun begitu, semakin bertambah usia kehamilan semakin banyak keperluan pemakanan lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil. Sekiranya sukar untuk memenuhi keperluan pemakanan yang sepatutnya atau mengalami kekurangan nutrien, ibu hamil disarankan mengambil suplemen multivitamin.


    Berikut kandungan yang terdapat dalam Vita-lea Shaklee






    B-Complex
    Vitamin B-Complex penting untuk kesihatan ibu hamil dan kesihatan bayi. Antara yang terkandung dalam vitamin B-Complex Shaklee adalah vitamin B1 (thiamin atau thiamine), vitamin B3 (niacin) dan vitamin B12 (cobalamin) yang diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi.  

    Vitamin B2 (riboflavin) membantu bayi untuk membesar. Vitamin B5 (pantothenic acid) juga membantu bayi untuk membesar dan membantu mengelakkan ibu hamil daripada anemia. Vitamin B6 (pyridoxine) mencegah daripada keguguran awal dan loya serta mengelakkan kecacatan kelahiran kepada bayi. Vitamin B9 (acid folic atau folate) membantu mencegah kecacatan kepada bayi. InsyaAllah.


    Sustained Release Vita-C (Vitamin C)
    Vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik juga antara pengambilan vitamin penting semasa hamil. Ia mencegah kerosakan radikal bebas dengan bertindak sebagai antioksidan untuk melambatkan pertumbuhan sel-sel tumor. Pengambilan vitamin C semasa hamil memberikan kelebihan dari segi berat badan bayi yang sihat. Kekurangan vitamin C semasa hamil boleh menyebabkan penyakit periodontal atau penyakit gusi seterusnya mengakibatkan kelahiran pramatang. 

    Omega Guard Shaklee
    Omega Guard dari Shaklee mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak. Asid lemak Omega-3 ini membantu perkembangan mata dan otak bayi yang dikandung. Dalam jangka masa yang panjang, ia juga membantu melindungi kita dari penyakit jantung.

    Selain daripada tips yang diberikan daripada video ini, ibu-ibu hamil dinasihatkan juga untuk minum air jus buah-buahan, susu atau air kosong. Pastikan minum banyak air semasa selepas berbuka puasa dan bersahur agar bekalan air dalam tubuh kita mencukupi.

    Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Nak harga lebih istimewa, boleh masuk ahli. Yuran ahli adalah untuk seumur hidup.

    Harga ahli hanya untuk ahli Shaklee berdaftar sahaja. 

    Klik jika untuk membuat pesanan

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e2655055c20c349c3c67aab7156eb6df

    atau hubungi saya

    Hayani Nor (ID 1122498) | SMS/Whatsapp 017-9421767 | Fanpage Natural Nutrisi | Email syahayanis@gmail.com|
    Saya adalah pengedar sah Shaklee anda di untuk penghantaran serata Malaysia. COD adalah di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai & Jerteh (Terengganu).