Tuesday 21 July 2015

Bagaimana Cara Untuk Bersihkan Dapur (dan Kekal Bersih) 20 Minit Sehari Selama 30 hari

Gambar : Carian Google
Dapur adalah salah satu pusat utama rumah kita, dan ia juga tempat yang paling cepat kotor dibandingkan ruang rumah yang lain. Jika diabaikan pencucian asas dan kebersihan lantai, dapur boleh menjadi tidak terkawal kotornya dengan cepat. Lupakan dulu pembersihan maraton pada cuti hujung minggu;  kita sebenarnya boleh membersihkan dapur dalam masa 20 minit sehari.
Berikut adalah pelan 30 hari yang boleh dipraktikkan untuk membersihkan dapur dalam pengurusan masa yang sedikit dan tetap kekal bersih tanpa perlu kita berhempas pulas pada hujung minggu.

Tips Penting

1. Jika kita mempunyai anak-anak yang ramai,  libatkan mereka sekali untuk sama-sama membersihkan dapur. Cara ini melatih mereka untuk lebih bertanggungjawab dalam sama-sama membersihkan rumah.

2. Jika masa 20 minit tidak mencukupi, pecahkan tugas yang disenaraikan supaya kita boleh lakukan secara berasingan. Mungkin tambah 10 minit untuk rutin pagi dan 10 minit lagi selepas makan malam. Ini bergantung kepada kesesuaian masing-masing

3. Pinggan Mangkuk + Menyapu + Lap permukaan dapur/kabinet : Senarai yang dinyatakan di bawah ini adalah tidak termasuk cucian pinggan mangkuk, menyapu lantai, lap permukaan kerja dan kabinet dapur. Ini adalah kerja-kerja asas yang perlu dilakukan setiap hari bagi menjamin kekemasan dan kebersihan di dapur. Tapi, bagi peluang diri kita rehat juga ye. Jangan sampai penat sangat buat kerja kat dapur ni.

Jadual Kebersihan Dapur 30 Hari

Hari 1   : Lapkan semua peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater, toaster, coffee maker, blender dan sebagainya.
Hari 2   : Bersihkan bahagian dalam dan luar tong sampah.
Hari 3   : Kemaskan buku masakan, apron, kain lap tangan, kain buruk dan kain lap pinggan.
Hari 4   : Lapkan bekas-bekas yang berisi bahan dapur (tepung, gula, garam, serbuk kunyit dan sebagainya)
Hari 5   : Bersihkan peti sejuk. Lapkan rak peti sejuk dan bahagian dalam penyejuk beku.
Hari 6   : Lapkan bahagian pintu kabinet, hud dan sebagainya.
Hari 7   : Mop lantai.
Hari 8   : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 9   : Bersihkan bahagian dalam bekas utensil dan permukaan atas peti sejuk.
Hari 10 : Bersihkan permukaan dapur.
Hari 11 : Bersihkan sink dengan menggunakan baking soda.
Hari 12 : Lapkan tingkap
Hari 13 : Lapkan aksesori hiasan dan bingkai gambar
Hari 14 : Mop lantai.
Hari 15 : Lapkan peralatan dapur; besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 16 : Kemaskan barangan dalam tin, kotak dan bekas berisi stok dapur.
Hari 17 : Bersihkan alat pembersih. (span, tuala lap tangan dan sebagainya).
Hari 18 : Lapkan bahagian dalaman kabinet
Hari 19 : Lapkan dinding
Hari 20 : Lapkan bahagian pintu kabinet, hud dan sebagainya.
Hari 21 : Mop lantai
Hari 22 : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 23 : Susun periuk, kuali dan lain-lain peralatan yang kerap digunakan di bawah laci kabinet.
Hari 24 : Gosok dan sental singki dan lap paip.
Hari 25 : Bersihkan peti sejuk. Lapkan rak peti sejuk dan bahagian dalam penyejuk beku.
Hari 26 : Bersihkan bahagian dalaman microwave dan oven.
Hari 27 : Bersihkan papan pemotong dengan menggunakan lemon/limau nipis dan garam.
Hari 28 : Mop lantai
Hari 29 : Lapkan peralatan dapur yang besar dan kecil. Contohnya, microwave, oven, water heater dan sebagainya.
Hari 30 : Lapkan lampu, plat suis

Kerja-kerja yang disenaraikan di atas boleh dilakukan semasa menghidangkan makanan atau semasa mengelap permukaan meja dan kabinet atau pun semasa menunggu ikan digoreng masak.

So, dah sedia untuk pembersihan dapur selama 30 hari? Sejak saya mempraktikkan kaedah ini, dah tak sakit mata lagi tengok dapur bersepah dan kotor lagi. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment