Monday 7 July 2014

Kekurangan Vitamin C - Punca & Simptom


 
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik adalah penting untuk menghasilkan protein yang dipanggil kolagen hadir dalam kulit, tulang dan saluran darah dan menyerap zat besi ke dalam badan. Badan kita tidak menyimpannya yang bermakna kita memerlukannya dari sumber makanan kita secara berterusan. Vitamin C adalah baik untuk sistem imun kita dan dalam kes yang teruk kekurangannya  boleh membawa kepada penyakit skurvi. Penyakit skurvi jarang dilihat kepada orang dewasa tetapi boleh berlaku kepada kanak-kanak kecil atau orang tua kerana kekurangan nutrien dan khasiat vitamin C. 

Sumber Vitamin C
Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan limau manis, betik, jambu, strawberi dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, kentang dan kubis. Sumber haiwan pula termasuk tiram dan daging seperti hati.

Punca kekurangan Vitamin C
  • Vitamin C adalah mudah diserap oleh badan daripada buah-buahan segar, sayur-sayuran dan daging. Memasak mengurangkan kandungan terutamanya dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dalam tin.
    Badan tidak menyimpannya oleh itu ia adalah penting untuk mendapatkannya dari diet secara konsisten.
  • Penagih alkohol kronik, penagih dadah dan orang yang kuat merokok juga mungkin mempunyai kekurangan vitamin C


Simptom Dan Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen yang merupakan protein yang terdapat dalam kulit, tulang dan rawan. 

Kekurangan vitamin C boleh membawa kepada kelesuan, keletihan, sakit tulang dan sesak nafas. Kulit juga boleh menunjukkan mudah lebam, luka yang lambat sembuh dan pendarahan gusi. 

Skurvi menyebabkan kesakitan otot dan sendi, bintik-bintik merah pada kulit, kekurangan berat badan dan selera makan dan pendarahan gusi yang boleh menyebabkan gigi gugur. Jaundis, bengkak seluruh badan, sawan dan demam berlaku pada peringkat seterusnya. Keretakan tulang boleh berlaku kerana semakin merosot kesihatan tulang dan kehilangan tulang rawan yang terdapat dalam sendi.

Penyelesaian Optimum
Boleh cuba mengamalkan supplemen Sustained Release Vita-C 500mg. 


Vitamin C Shaklee diperkaya dengan Bioflavonoids yang hanya ada dalam sumber semulajadi iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik!

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplemen ini atau produk-produk lain, boleh lah hubungi saya seperti di bawah :

SMS/Whatsapp : 017-9421767
e-mail : syahayanis@gmail.com
Fanpage : NaturalNutrisi
 

Saturday 5 July 2014

PROMOSI SHAKLEE JULAI 2014 : VIVIX

Alhamdulillah.. promosi pada bulan ini; Julai 2014 adalah Vivix. Promosi pada kali ini akan menjadi idaman kepada mereka yang ingin menjadi ahli Shaklee secara percuma dan juga yang mahu menikmati kehebatan supplemen antioksida terbaik di dunia. Pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan HOT ITEM produk Shaklee ini.


Apa kelebihan & keistimewaannya ?
  • Kaya dengan anti-oksida & anti penuaan
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu mengawal strok
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Menyokong kesihatan sendi
Apa lagi fungsi @ kelebihan Vivix ? Klik sini

Anda juga mungkin nak tahu apa ramuan semulajadinya.. Klik sini

Kesimpulannya, Vivix Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil Vivix Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Jadi, hanya dengan mengamalkan 1 sudu teh Vivix Shaklee dalam anggaran penggunaan 2 bulan untuk 1 botol, InsyaAllah kita akan dapat kebaikannya. Mereka yang tidak boleh menelan pil/tablet supplemen/vitamin, Vivix Shaklee memang sesuai untuk anda. Rugi sangat kalau tak rebut promosi ni tau.

Berminat untuk mendapatkan produk ini?

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi

Wednesday 2 July 2014

Kebaikan Omega Guard Shaklee


Apa yg special dengan Omega Guard Shaklee? Jawapannya, ia adalah minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega yang lain di pasaran, Omega Guard shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak-omega-3 EPA dan DHA.



Kebaikan Omega Guard Shaklee

Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yg penting yang tidak dihasilkan dari badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Asid lemak penting sebagai sumber tenaga kita, melindungi organ-organ lembut seperti hati untuk mengelakkan daripada mendapat kejutan atau renjatan, menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah dan ia juga penting untuk bayi bagi membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.

Mencegah penyakit saluran darah & strok  - satu penyelidikan menunjukkan bahaya orang yang mengamalkan pengambilan Omega-3 sekali seminggu mampu mengurangkan risiko stroke sehingga 50%. Omega-3 juga mampu mengurangkan kerosakan arteri, keradangan yang memekatkan darah dan menyebabkan stroke. Supplemen Omega-3 juga boleh diamalkan untuk mencegak penyakit stroke.

Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mecegah migrain. Susu ibu juga mengandungi DHA. Sebab itu amat penting ibu-ibu menyusukan bayi sehinggan 2 tahun selaras dengan perintah Allah dalam al-Quran.

Meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Melawan kanser - Jika mengikut diet pesakit kanser, pakar pemakanan menyarankan ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan bersisik tidak diambil oleh pesakit kanser kerana ikan bersisik didapati mempunyai kandungan asid yang banyak dan membantu kesuburan kanser. Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain. Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi. Omega 3 merupakan anti kanser.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) -  Lemak omega-3 boleh mengurangkan sakit sendi pada orang yang menghidap rheumatoid arthritis dan penyakit radang usus.

Mencegah imsomnia & membantu mengurangkan stress (tekanan) - Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif & penyakit skizofrenia. 

Anda boleh mendapatkan Omega-3 setiap hari dengan membeli Omega Guard Shaklee. Ianya tulen, bebas logam berat dan sangat berkesan untuk kesihatan kita. Untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya segera melalui sms/whatsapp 017-9421767 atau email syahayanis@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut. Jom like NaturalNutrisi untuk mengetahui lebih banyak info & tips.