Tuesday 10 June 2014

Vivix Shaklee : Ramuan Semulajadi



Apa Itu Vivix ?

Ia adalah minuman campuran botani  yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran botani Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Apa benda polifenol tu? Ia adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Haa.. ni mesti dok tanya lagi ni makna fitokimia. Fitokimia atau kekadang dikenali fitonutrien secara umumnya bermaksud segala jenis zat kimia atau nutrien yang diturunkan dari sumber tumbuhan, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Jelas kan.. hari ni kita belajar sains sikit.. :)

Jom kita kenal dulu ramuan yang terdapat dalam Vivix Shaklee ni.

Polyganum Cuspidatum


Polygonum cuspidatum sejenis pokok  terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Anggur Muscadine


Anggur Muscadine boleh didapati di kawasan yang ekstrem iaitu kawasan liar yang menyebabkan anggur muscadine mempunyai tinggi polifenol dan resveratrol. Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria. Selain itu, anggur muscadine mengandungi asid allegik yang berfungsi sebagai menghalang ataupun menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kepada kanser juga anti virus dan anti bakteria. 

Elderberi Eropah





Berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun dalam badan. Ia berkesan melawan jangkitan virus dan flu, yis, asma, batuk, sesak nafas dan diabetes.


Lobak Ungu


Lobak ungu mengandungi anthocyanins iaitu antioksida yang mustajab dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Sesiapa sahaja; orang dewasa yang berkaitan dengan penuaan selular dan untuk penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya boleh mengambil vivix sebagai supplemen harian. Namun begitu, vivix tidak dicadangkan untuk wanita hamil atau menyusu dan juga mereka yang menjalani kimoterapi. 

Hubungi untuk info lanjut.

SMS/Whatsapp 017-9421767
Fanpage : NaturalNutrisi

No comments:

Post a Comment