Monday 3 August 2015

Tips Tabung Menunaikan Haji

Dalam rukun Islam, menunaikan ibadah haji adalah rukun ke 5. Wajib menunaikan ibadah jika seseorang itu mampu terutama sekali mampu dari segi kewangan.

Dari sudut kewangan, mereka yang hendak menunaikan haji terbahagi kepada tiga kumpulan. 

1. Golongan mampu
Golongan ini memiliki duit simpanan untuk diri sendiri dan keluarganya pergi menunaikan haji. Bagi golongan ini, yang terbaik adalah segera menunaikan haji tanpa menangguhkannya.

2. Golongan mampu tapi duit simpanan belum cukup
Cara terbaik adalah memulakan tabung agar dapat menunaikan haji pada suatu masa nanti, InsyaAllah. Antara pilihan yang boleh dibuat adalah membuat potongan gaji bulanan dengan duit potongan tersebut disalurkan terus ke akaun Tabung Haji. Kebanyakan daripada kita membuat potongan gaji untuk membayar hutang seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang semasa belajar dulu dan sebagainya. Namun, jangan pula kita lupa membuat potongan untuk ibadah haji. Tempoh potongan ini bergantung kepada kadar tabungan yang bergantung kepada pendapatan masing-masing.

3. Golongan tidak mampu
Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan ini tidak diwajibkan menunaikan ibadah haji. Namun jangan pula berputus asa kerana siapa tahu, Allah Yang Maha Pemberi Rezeki lagi luas RahmatNya pada satu masa nanti akan melapangkan rezekinya sehingga dapat menunaikan haji.



Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan.
1. Letakkan sasaran tempoh masa.
2. Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
3. Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Contohnya :
Usia sekarang adalah 30 tahun dan bercadang untuk memulakan tabung haji.

1. Letakkan sasaran tempoh masa. 
Katakanlah sasaran umur untuk menunaikan ibadah haji adalah usia 40 tahun, maka ada tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan haji.

2. Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. 
Dalam masa 10 tahun, anggaran jumlah perbelanjaan haji yang diperlukan adalah RM 20,000. Jadi, sasaran simpanan yang diperlukan adalah RM 20,000.

3. Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama. 
Jumlah RM 20,000 dibahagikan dengan tempoh 10 tahun, maka
RM 20,000/10 tahun = RM 200 setahun
RM 200 setahun / 12 bulan = RM 166.66 atau RM 170.00 (selepas dibundarkan) sebulan

Jadi, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170.


Akhir sekali, jangan lupa bersabar dan berdoa semoga kita sampai juga di sana. Sekiranya kita membuat tabungan yang banyak sekalipun, jika Allah belum membuka rezeki kita untuk ke sana, maka kita perlu tenangkan hati dan banyakkan berdoa lagi. Peluang menunaikan haji patut kita rebut, paling tidak sekali seumur hidup kita. Semoga kita semua sempat menunaikan haji sebelum meninggalkan dunia ini. Amin.

1 comment:

  1. Bagusnya ada perancangan macam ni. Sedat tak sedar RM200 monthly yg salu belanja makanan mewah mampu dijadikan sebagai simpanan haji kan!

    ReplyDelete