Sunday 8 March 2015

Bangkit Untuk Berfikiran Positif

Assalamulaikum dan selamat pagi!

Mulakan hari baru.

Buka minda kita dan bersedia menghadapi untuk apa sahaja hari ini.

Jam pertama dan seterusnya selepas kita bangun tetapkan matlamat apa yang kita nak buat hari ini. Dan oleh kerana hari ini kita nak mulakan hari yang positif, kita nak buat semula apa yang telah kita tangguhkan dan tinggalkan atau yang kita tak sempat nak lakukan.

Mudah sahaja!

Kita bangkit dengan mulakan hari dengan memikirkan perkara yang positif dengan cara muhasabah diri kita. Saya suka dengar tips dari kakak ni cara muhasabah diri dengan betul.




Buat Perancangan Untuk Hari Ini


Apabila kita bangun waktu pagi, fikirkan (kalau saya, saya bagi masa setengah jam selepas bangun dari tidur) dan tetapkan apa yang kita nak buat hari ini.

Contohnya :

                  Hari ini saya mahukan ketenangan.
                  Hari ini macam mana sekalipun saya nak buat solat sunat rawatib.
                  Hari ini saya nak siapkan tugasan sebab esok saya nak buat tugasan lain.

Adalah sangat penting untuk gunakan ayat "hari ini" kerana ayat ini boleh membuatkan kita bertambah yakin dengan apa yang kita nak buat pada hari ini.

Ingat apa yang kita rancangkan dalam fikiran kita tadi sepanjang hari agar fikiran positif kita sentiasa tertanam dalam minda kita.


Jadikan Setiap Hari Adalah Hari Penting


Kita boleh capai pemikiran positif dengan memilih untuk melakukan sesuatu yang membawa kita lebih dekat dengan matlamat kita.

Kita boleh pilih untuk mengambil satu langkah ke hadapan bagi matlamat kita, contohnya kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan rumah kita dalam masa 2 tahun lagi atau kita tetapkan setiap minggu kita akan sedekahkan RM 50 di masjid pada hari Jumaat.

Ini menjadikan diri kita lebih yakin dan kita akan gembira untuk diri kita sendiri sebab kita dah fikirkan secara positif apa matlamat kita pada hari tersebut atau sepanjang hayat kita.


Tips-tips di atas boleh kita gunakan untuk mencapai fikiran positif setiap hari.

Sesuaikan dengan keupayaan kita contohnya dari segi situasi atau keadaan kita, dan kita akan dapat rasakan kita boleh mengendalikan hidup kita dengan lebih mudah ke arah yang lebih bermakna dan diredhai Allah.

No comments:

Post a Comment