Monday 10 November 2014

Menguruskan Kewangan Ketika Gawat

Apabila harga minyak naik baru-baru ini, dah mula terasa pening kepala. Harga minyak naik, harga barang-barang lain pun naik juga. Ini hakikat yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa. 

Ada daripada kalangan kita resah kerana gaji semasa tidak dapat lagi menampung kos kehidupan. Hidup kita menjadikan dalam keadaan tertekan dan resah. Namun dalam keadaan hari ini, apa yang mampu kita lakukan ?




Masalah kewangan kita berpunca daripada perbelanjaan yang melebihi daripada pendapatan. Contohnya, kita dapat gaji RM 2,600 setiap bulan, tetapi kos hidup kita sebulan menjangkau RM 3000. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, kita mesti menjadikannya cukup.

Ada ramai yang berpendapat cara terbaik untuk menjadikannya cukup adalah dengan menambah pendapatan. Maknanya, buat kerja sampingan. Adakah benar ini penyelesaian terbaik? 

Jika kita masih dengan tabiat lama, gaji tetap ditambah dengan pendapatan sampingan pun belum tentu cukup. Ini kerana masalah kewangan ini bukan bergantung kepada berapa banyak kita dapat tetapi bagaimana kita menggunakannya atau dengan kata lain membelanjakannya. 

Buat Penilaian Kewangan
Langkah awal adalah buat catatan bulanan mengenai apa sahaja perbelanjaan kita lakukan. 

Perbelanjaan adakalanya melebihi anggaran setiap bulan. Ini terjadi kerana kita tidak merancang awal dan berbelanja melebihi daripada sepatutnya. 

Jadi, mulai sekarang kita senaraikan pengeluaran utama dahulu kemudian dengan pengeluaran lain. Maka, kita akan tahu berapa banyak perbelanjaan keluarga setiap bulan. 

Buat Pengeluaran Utama
Kita keluarkan perbelanjaan utama; contohnya hutang rumah, kereta, keperluan asasi, bil air, bil elektrik dan seumpamanya. Kita keluarkan dahulu keperluan kita, bukannya perbelanjaan untuk keinginan kita.

Sebelum mengeluarkan wang, cuba tanya diri kita sendiri dahulu. "Adakah pengeluaran ini betul-betul keperluan kita ?" "Kalau kita tangguhkan, apa akibatnya ?" 

Kalau jawapannya tidak boleh ditangguhkan dan akibatnya memberi kesan negatif, maka itu adalah keperluan. Selain daripada itu, ia adalah keinginan. 

Elakkan Bersikap Boros
Gagalnya pengurusan kewangan kita adalah boros! 

Pastikan setiap awal bulan, setelah menghitung dan membuat anggaran, kita mesti menyimpan sedikit wang sebagai penyelamat kepada kita pada waktu kecemasan.

Elakkan Hutang Baru
Kalau tidak terpaksa, elakkan hutang baru. Sememangnya pengeluaran ketika ini akan terus meningkat dan tambahan dana dari luar tidak dapat dielakkan. Apatah lagi dengan kenaikan harga, tidak mustahil kadar faedah pinjaman juga naik.

Elakkan Spekulasi Pelaburan
Semakin sulit keadaan ekonomi, semakin ramai orang menawarkan penyelesaian dari aspek pelaburan. Kalau kita tidak faham pelaburan yang ditawarkan, janganlah masuk kedalamnya.

Berusaha Menambah Pendapatan
Terakhir sekali, memang tidak ada jalan lain kecuali menambahkan pendapatan. Mula berusaha menggali potensi diri, kenali alternatif untuk mendapatkan sumber tambahan. Tidak perlu besar, tetapi jadikan rutin. At least, kita ada pendapatan sampingan untuk pelaburan dana ketika kos hidup meningkat.

No comments:

Post a Comment