Sunday 19 October 2014

Waktu Doa Paling Mustajab

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit sebelum meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah berimamkan Abu Bakar as-Siddiq. Lalu baginda bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT".

Doa adalah satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya untuk membuat permohonan atau permintaan kepada Allah SWT semata-mata. Ini kerana manusia yang beriman pastinya memerlukan pertolongan dari Allah Yang Maha Agung bagi menyediakan segala rahmat dan nikmat.

Sememangnya berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun, ada waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.
  • Ketika bangun tidur - kita disunatkan membaca doa bangun tidur.
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Selepas solat fardhu lima waktu
  • Di antara azan dan iqamat.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Di antara takbir solat hari raya
  • Di antara dua khutbah Jumaat dan hari raya
  • Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting
  • Ketika membaca doa qunut solat Subuh dan lain-lain
  • Ketika mengadakan majlis dan upacara yang tidak disertakan dengan maksiat
  • Ketika menghadapi musibah dan kesusahan
  • Ketika berjumpa dengan saudara dan sahabat yang lama berpisah
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika hendak memulakan solat dan selesai menunaikannya. 
  • Sepanjang malam, terutamanya pada 1/3 malam dan waktu bersahur.
  • Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat-ayat al-Quran
  • Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Kita hanyalah manusia yang mampu berusaha dan merancang. Berdoalah kepada Allah dan serahkan segalanya kepadaNya kerana hanya Dia yang berhak atas segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment